YAN: Terpaksa menanggung kerugian hampir separuh daripada pendapatan pada musim tuaian padi sebelum ini.
Itu derita yang terpaksa diharungi lebih 1,000 pesawah di Kampung Dulang Kecil, Kampung Kuala Dulang Kecil dan Kampung Ban 7A di sini, berikutan pokok padi yang ditanam diserang bena perang atau lebih dikenali sebagai 'bom' dalam kalangan penduduk sekitar, setiap kali tiba musim kemarau.
Menurut mereka, bena perang akan menyerang pangkal rumpun padi berhampiran permukaan air dan terus menghisap cairan dalam pokok.
Keadaan itu akan menyebabkan pokok padi kering atau kelihatan seakan terbakar sekali gus mengakibatkan pengurangan hasil padi sekiranya tidak dikawal dari awal.
Bagi petani, Senawi Pengeran, 50, hasil padi yang diperolehnya pada musim kali ini hanyalah sekitar 1,000 kilogram berbanding 2,300 kilogram pada musim sebelum ini.
Keadaan itu sekali gus menyebabkan dia menghadapi masalah untuk mendapatkan modal yang mencukupi bagi mengusahakan tanaman padi pada musim berikutnya iaitu pada penghujung Mac depan.
Bena perang yang disifatkan sebagai cabaran terbesar yang perlu dilalui sepanjang musim kemarau menyebabkan pendapatan golongan petani terjejas teruk, kata Senawi
“Bila kena serang bena perang hasil (pendapatan) jatuh melebihi 50 peratus daripada pendapatan yang selalu (petani) dapat,” luah Senawi lagi.
Sementara itu, Astro AWANI turut difahamkan golongan petani juga terpaksa berhadapan masalah ulat gulung serta kekeringan akibat keadaan panas atau kemarau yang luar biasa.
Menurut mereka, laporan telah dibuat kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Pertubuhan Peladang Kawasan bagi memaklumkan perkara berkenaan.
Pihak terlibat juga difahamkan telah turun padang dalam melakukan pemantauan dan memberi taklimat mengenai langkah pencegahan serta syor mengenai racun yang boleh digunapakai.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kuala Dulang Kecil, Ismail Md Zain, serangan bena perang ke atas tanaman padi sangat dibimbangi golongan petani kerana kerja keras mereka tidak berbaloi dengan pendapatan yang diterima.
Tidak cukup dengan bena perang, kata Ismail, cabaran tambah berganda buat petani apabila ulat gulung turut memberi ancaman.
Berikutan itu, kumpulan petani berharap agar ada jalan penyelesaian terbaik dapat dicapai supaya masalah ini tidak akan menghantui mereka setiap tahun.
Dalam masa sama, mereka juga mahukan pihak MADA dan PPK agar memberi dan mengesyorkan racun terbaik untuk menghapuskan bena perang dengan mudah.
Abd Hadi Che Awang
Sat Jan 29 2022
Bena perang merupakan cabaran terbesar yang perlu dilalui sepanjang musim kemarau menyebabkan pendapatan golongan petani terjejas teruk, kata Senawi Pengeran.
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
"Ketika Itu arwah dalam keadaan duduk" - Anak Allahyarham Ahmad Nawab
Anak Allahyarham Ahmad Nawab, Nassier Khan sempat berkongsi dirinya terkejut dengan pemergian bapanya, pada Ahad.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
Sony bangunkan konsol mudah alih permainan PS5
Peranti konsol mudah alih baharu Sony ini mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum hadir ke pasaran.
'Tak payah anjur Anugerah Kredit Madani' - Mas Ermieyati
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik pelaksanaan Anugerah Kredit Madani dan menggesa agar KPKT menyatakan makenisme sesuai pantau syarikat kredit komuniti yang mengenakan faedah tinggi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LaLiga: Saya mahu bantu Real Madrid jaringkan gol - Kylian Mbappe
Kylian Mbappe percaya dia sudah mula bangkit bersama rakan sepasukannya di Real Madrid selepas menjaringkan gol ketika kemenangan 3-0 berdepan Leganes.
Mercedes cipta sistem brek EV terbina pada motor elektrik
Sistem brek ini tidak perlu diselenggara sepanjang hayat kenderaan dan tidak mencemarkan udara kerana serbuk brek yang terhasil tidak disebarkan ke udara.
Kementerian Perpaduan berjaya laksana lebih 300 program berimpak tinggi tahun ini
KPN laksanakan program merapatkan jurang sosial rakyat Malaysia sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.
Payung pantai lebih cantik dan tersusun di Telok Kemang bermula 16 Disember
MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.
1,000 petani di Yan kerugian akibat 'bena perang'
Ancaman bena perang menjejaskan 50 peratus pendapatan petani di Yan, Kedah.