PELAKON Rozita Che Wan menasihati netizen agar tidak mengkritik foto intim yang dimuat naiknya di Instagram baru-baru ini.

Dalam foto yang dirakamkan di tepi pantai di Pulau Langkawi, Rozita atau lebih dikenali Che Ta bersama suaminya, Zain Saidin dalam keadaan berpelukan.

Manakala, sebelah lagi tangan Zain berada di bahagian atas pinggul Che Ta.

"Acik-acik bawang jangan kecam... Zain pegang aset bini dia, bukan bini orang," tulisnya bersama emoji ketawa.

BACA: 'Aset' dipegang Zain: Awas acik bawang! - Che Ta

Acik acik bawang jgn kecam .. zain pegang aset bini dia , bukan bini org


Biarpun dinasihati, netizen tidak mengendahkan kapsyen terbabit dan masih mengecam tindakan pasangan pelakon itu.

Ada juga yang menyifatkan tindakan Che Ta itu tidak bersesuaian memandangkan ada dalam kalangan peminatnya terdiri daripada golongan bawah umur dan kanak-kanak.

Namun, ada juga yang menyokong Che Ta memandangkan pasangan itu sememangnya punyai ikatan suami isteri yang sah.

Foto itu bukan kali pertama mendapat kecaman netizen malah setiap kali Che Ta bercuti sebelum ini pun, pasti akan tercetus isu-isu sensasi.