Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan pelakon Zahida Mohamed Rafik membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas pemandu peribadi kerana memfitnahnya berhubung kehilangan wang RM200,000.
Hakim Datuk Hue Siew Kheng membuat keputusan tersebut selepas membenarkan saman oleh Noor Azman Azemi terhadap Zahida yang didakwa memfitnahnya dalam tabloid berbahasa Melayu tiga tahun lalu.
Mahkamah juga mengarahkan Zahida membayar RM40,000 sebagai kos kepada Noor Azman.
Hakim turut menolak tuntutan balas Zahida yang menuntut pemulangan RM200,000 yang didakwa diambil oleh bekas pemandunya.
Hue dalam penghakiman ringkasnya berkata mahkamah mendapati Zahida gagal membuktikan imbangan kebarangkalian dalam kes itu, dan berpendapat kata-katanya adalah fitnah.
Mahkamah berpendapat hujah pembelaan tentang keistimewaan sampingan dan justifikasi tidak dapat diterima, manakala keterangan saksi defendan yang dikemukakan di mahkamah tidak boleh dipercayai.
Hue berkata mahkamah tidak dapat menerima keterangan Zahida mengenai kewujudan baucar yang dipalsukan.
Beliau membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan Noor Azman yang merupakan saksi tunggal plaintif dan lima saksi defendan termasuk Zahida.
Pada 27 November 2013, Noor Azman memfailkan saman yang mendakwa pelakon wanita yang pernah membintangi filem Anak Mami The Movie itu secara salah dan dengan niat jahat membuat kenyataan fitnah dalam artikel yang diterbitkan dalam sebuah tabloid pada 3 Mac 2012.
Beliau mendakwa Zahida telah menuduhnya melarikan diri bersama wang yang sepatutnya didepositkan ke akaun bank pelakon itu.
Katanya, kenyataan pelakon itu menggambarkan beliau seorang yang tidak amanah, pencuri dan penjenayah, dan memberikan reputasi tidak baik serta menyukarkan peluang mendapat pekerjaan.
Noor Azman berkata, beliau telah ditahan reman oleh polis selama empat hariselepas Zahida membuat laporan terhadap dirinya mengenai kehilangan wang itu.
Plaintif menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan serta kos dan bayaran lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Noor Azman, yang turut didakwa di Mahkamah Majistret Ampang atas tuduhan melakukan pecah amanah wang milik Zahida berjumlah RM200,000, berharap keputusan yang sama memihak kepadanya.
"Saya menunggu kes saman ini selesai hampir tiga tahun dan selepas ditangkap pada 2012 saya hilang pekerjaan," katanya, yang kini bekerja sebagai pemandu teksi.
Noor Azman, yang diwakili peguam Shahid Adli Kamarudin dan Latheefa Koya berkata perbicaraan kesnya di Mahkamah Majistret Ampang akan bermula 23 Mac ini.
Zahida, yang diwakili peguam Sarah Abishegam turut hadir di mahkamah hari ini.
Bernama
Thu Feb 26 2015
Hakim turut menolak tuntutan balas Zahida (gambar) yang menuntut pemulangan RM200,000 yang didakwa diambil oleh bekas pemandunya.
Pelajar Orang Asli ke Busan kongsi kemahiran robotik
Sekolah Kebangsaan Sri Permai, Gua Musang mencipta sejarah apabila tiga pelajarnya mewakili Malaysia untuk bertanding di International Robot Olympiad ke-26 di Busan, Korea Selatan.
Pengasuh didakwa aniaya bayi lelaki sehingga meninggal dunia
Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya bayi lelaki asuhannya berusia sembilan bulan sehingga meninggal dunia.
Lebih ramai rakyat Palestin ingin pulang susulan gencatan senjata Ahad lepas - Duta Palestin
Sebelum gencatan senjata itu, kira-kira 50 rakyat Palestin daripada keseluruhan 128 orang telah memohon untuk dihantar pulang.
Indonesia wajibkan pengeksport mendepositkan keseluruhan keuntungan eksport selama setahun
Ketetapan itu menggantikan peraturan semasa yang hanya mewajibkan deposit 30 peratus untuk tempoh minimum tiga bulan.
Suami reda pemergian isteri, sempat buat panggilan video sebelum lemas
Wanita yang lemas bersama anak saudaranya di Pantai Bayu Impian, Kota Tinggi semalam sempat membuat panggilan video bersama suaminya sebelum tragedi.
Sebahagian rangkaian jalur lebar 5G boleh dimanfaat pihak berkuasa - Fahmi
Rangkaian 5G mempunyai keupayaan menyediakan jalur lebar khusus untuk komunikasi tersulit diwujudkan demi manfaat organisasi agensi penguatkuasaan.
Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$115.5 bilion pada 15 Januari 2025
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Ibu tergamak pukul, cubit, tampar anak 6 tahun hingga maut
Seorang ibu yang tergamak memukul, mencubit dan menampar anak kandung lelakinya berusia enam tahun sehingga maut dihukum penjara tiga tahun.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya, Turkiye.
Papagomo dilarang keluar kenyataan fitnah terhadap KPN, diarah padam video
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berjaya dalam permohonannya untuk menghalang blogger Papagomo daripada mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya.
Papagomo diperintah padam kenyataan fitnah terhadap KPN
Pesuruhjaya Kehakiman benarkan permohonan Razarudin untuk perintah injunksi bagi menghalang Papagomo keluarkan kenyataan berbaur fitnah.
Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.
Polis ambil keterangan tiga individu berhubung perkahwinan diraja Tengku Mahkota Pahang
Polis telah mengambil keterangan tiga individu berhubung satu hantaran tular berkenaan perkahwinan diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang Tengku dengan seorang wanita.
Menteri Singapura akan keluarkan surat tuntutan berhubung 'rencana berunsur fitnah' Bloomberg
Dua menteri Singapura akan mengeluarkan Surat Tuntutan berhubung artikel yang menyentuh urusan hartanah mereka.
Fitnah: Dr Maza saman GISB, tuntut ganti rugi RM10 juta
Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin memfailkan saman RM10 juta terhadap GISB atas dakwaan memfitnahnya dalam satu sidang media Ogos lepas. Dalam pernyataan t
Video wawancara PM Anwar bersama CNN disunting, tidak gambarkan konteks penuh - Fahmi
Wawancara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai konflik Israel-Palestin bersama Richard Quest daripada CNN disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Program Jelajah Bongkar, platform rakyat nilai pemimpin negeri dipilih
Program berbentuk turun padang itu bertujuan memberi penerangan berkaitan fakta serta fitnah tentang sesuatu isu atau perkara yang berlaku.
‘Tak habis fitnah keji aib maruah saya’ - PM Anwar
Beliau yang kesal dengan tuduhan liar itu berkata terdapat isu yang sudah berlaku puluhan tahun lalu yang diungkit kembali sekali gus mendatangkan fitnah.
Dewan Ulama Pas fokus usaha perkukuh kesatuan ummah
Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas ke-63 memfokus kepada usaha memperkukuh kesatuan ummah dengan menggariskan tiga teras utama selaras tema kali ini iaitu 'Kesatuan Asas Kekuatan.'