PENYANYI tempatan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Yunalis Mat Zara'ai, atau lebih dikenali sebagai Yuna semakin mendapat di negara Sam itu apabila wajahnya dipaparkan di sebuah papan iklan elektronik di Times Square, New York City hari ini.

Perkara ini diumumkan oleh penyanyi berusia 30 tahun itu menerusi akaun Twitternya sebentar tadi.

“Anak kelahiran Kedah anda baru sahaja menempa nama di billboard @NASDAQ di Times Square New York hari ini."


Billboard Times Square digelar sebagai papan iklan elektronik yang termahal dan bukan mudah untuk mendapat paparan di situ.

Difahamkan hanya jenama popular dan barisan nama terkenal sahaja yang berpeluang membuat paparan di billboard Times Square.

Sementara itu, para peminat Yuna tidak melepaskan peluang untuk melahirkan rasa kagum mereka terhadap penyanyi itu.