Pelakon Yatt Hamzah meluahkan rasa syukur apabila suaminya, Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 27 dan beberapa sukarelawan lain termasuk rakan-rakan artis seperti Heliza dan Hazwani Helmi yang terkandas di pintu Rafah, Mesir malam tadi bukanlah kerana ditahan oleh tentera Israel.
Sebaliknya, delegasi yang menyertai misi kemanusiaan #WakeUpForGaza anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bagi membantu rakyat Palestin itu ditahan oleh tentera Mesir.
Yatt menyampaikan berita ini menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagram miliknya.
"Semalaman tak boleh tidur. Solat hajat dan doa jadi peneman. Dalam jam 2 pagi, baru suami dapat hubungi dan maklumkan yang mereka semua selamat.
"Mereka bukan ditahan Israel tetapi tentera Mesir. Allahuakbar Alhamdulillah syukur Ya Allah, Kau dengar doa-doa kami. Terima kasih atas doa-doa kalian semua. Barulah hati Bonda ini sedikit tenang dan lega. Alhamdulillah.
"Rupanya kami dapat maklumat yang salah malam tadi... Namun tetap tiada jaminan bila mereka boleh keluar dari pintu Rafah Mesir itu kerana sikap tentera / polis Mesir lebih kurang sahaja dengan Israel.
"Mereka terkandas berjam-jam semalam dan diarah masuk semula ke dalam Gaza dan bermalam di sana sebelum mencuba lagi untuk keluar pagi ini," kata Yatt.
BACA: "Ditengking, dihalau pihak berkuasa..." Heliza cerita pengalaman terkandas di Gaza
Tambah wanita itu, sebab sebenar kenapa mereka ditahan masih lagi menjadi persoalan.
"Sebab kenapa mereka ditahan, terkandas dan diarah masuk semula ke dalam Gaza? Masih menjadi tanda tanya dan kita sama-sama tunggu update berita terkini dari mereka. Sementara itu mohon semua teruskan berdoa agar mereka selamat keluar dari Gaza melepasi pintu sempadan Rafah dan terus pulang ke Malaysia ke pangkuan keluarga masing-masing.. Aameen Ya Rabb.
"Take care suamiku @zulfadhli_khiruddin, Dr @saniarabyalkahery, Mejar @zulhanisz77, sahabat tersayang @nurhelizahelmi @hazwanihelmi dan anggota delegasi misi #WakeUpForGaza yang lain. Allah sentiasa bersama kalian Insya-Allah.. Saya dan semua tak berhenti mendoakan kalian," tulisnya lagi.
Sebelum ini, Yatt meluahkan rasa sedih dan risau apabila suaminya yang merupakan Pengarah Media MAPIM bersama rombongan terkandas selepas ditahan tentera Israel di pintu Rafah, Mesir.
Gempak
Thu Jul 18 2019
![Yatt Hamzah syukur suami, rakan artis dan sukarelawan bukan ditahan tentera Israel Yatt Hamzah syukur suami, rakan artis dan sukarelawan bukan ditahan tentera Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81563491656_YattHamzah.jpg)
Pelakon Yatt Hamzah syukur suami, beberapa sukarelawan serta rakan-rakan artis bukan ditahan oleh tentera Israel. Astro Gempak
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Yatt Hamzah syukur suami, rakan artis dan sukarelawan bukan ditahan tentera Israel Yatt Hamzah syukur suami, rakan artis dan sukarelawan bukan ditahan tentera Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81563491656_YattHamzah.jpg)
Yatt Hamzah syukur suami, rakan artis dan sukarelawan bukan ditahan tentera Israel
Pelakon Yatt Hamzah luah rasa syukur apabila suaminya, Mohammad Zulfadhli Khiruddin, beberapa sukarelawan serta rakan-rakan artis seperti Heliza dan Hazwani Helmi bukan ditahan oleh tentera Israel.