Bak kata pepatah, 'tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tidak siapa yang tahu', Payne telah dipelawa untuk menghabiskan masa di ibu pejabat Facebook, pada Selasa (waktu tempatan).
Berikutan sesi Facebook Live beliau menjadi viral sekelip mata, Payne telah menerima jemputan khas daripada pengasas Facebook sendiri, Mark Zuckerberg untuk melawat pejabatnya.
“Kami menjemput Payne, yang meraih 141 juta tontonan menerusi video topeng Chewbacca untuk berkunjung ke ibu pejabat Facebook, hari ini,” tulis Zuckerberg di laman Facebooknya.
Menurut Zuckerberg, video Payne turut memecah rekod tersendiri dengan menjadi video sesi Facebook Live dengan tontonan paling ramai dalam masa paling singkat.
Malah, Zuckerberg menyambut kedatangan Payne dengan satu kejutan yang istimewa.
Menerusi gambar yang dikongsi oleh Zuckerberg, Payne dilihat ditemani watak kegemarannya, Chewbacca.
Payne juga telah meluangkan masa bersama Chewbacca di pejabat Facebook dengan melakukan beberapa aktiviti.
Kredit gambar: Facebook Mark Zuckerberg
Antaranya adalah menyertai aktiviti berbasikal dan sesi minum teh.
Kredit gambar: Facebook Mark Zuckerberg
Kredit gambar: Facebook Mark Zuckerberg