Seorang wanita di Brazil dikejarkan ke hospital selepas dia tiba-tiba meracau selepas menonton filem seram, "Annabelle: Creation" pada Ahad.
Memetik laporan portal Daily Mail, wanita berusia 20 tahun yang tidak dinamakan itu dilapor menonton tayangan tengah malam di pawagam di Teresina, Brazil.
Difahamkan, selepas keluar dari pawagam, wanita berkenaan mula berkelakuan aneh termasuk menumbuk dirinya sendiri.
Dia juga dilihat terbaring di atas lantai di luar pawagam itu dan menjerit serta batuk berterusan.
Rakan-rakannya dilihat cuba menenangkannya.
"Selepas filem itu berakhir, kami pergi untuk membayar tiket tempat letak kereta dan secara tiba-tiba dia mula memukul dirinya dan rebah ke lantai,” kata seorang rakannya.
Seorang kakitangan di pusat membeli-belah itu memberitahu laman web UOL Brazil: "Kami tidak tahu apa yang berlaku atau apa yang menyebabkan tindakan itu. Apa yang kami tahu ialah dia mula gugup dan tidak dapat menjelaskan apa yang telah berlaku."
Filem 'Annabelle: Creation' mengisahkan pasangan suami isteri yang kehilangan anak perempuan, Bee, yang maut akibat kemalangan.
Oleh kerana terlalu obses dengan anak tunggal mereka, perjanjian dengan syaitan telah dibuat untuk membolehkan pasangan itu melihat kehadiran anaknya di rumah.
Kohilah Sekaran
Tue Aug 22 2017

Seorang wanita di Brazil dikejarkan ke hospital selepas dia tiba-tiba meracau ketika sedang menonton filem seram, Annabelle Creation. -wikipedia.com
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Penyiasat paranormal inspirasi filem 'The Conjuring' meninggal dunia
Lorraine dan suaminya mula terkenal pada 1970an apabila kerja-kerja penyiasatan kes paranormal mereka mula menjadi perhatian masyarakat.

Annabelle Comes Home kembali lagi untuk bermain dengan anda
Annabelle Comes Home merupakan filem sekuel kedua daripada siri legenda patung Annabelle, selepas filem Annabelle: Creation yang ditayangkan pada Ogos 2017.

Ulasan 'seram sejuk' tak mampu jejaskan kutipan 'The Nun'
Biarpun mendapat ulasan kurang memuaskan, tarikan The Nun tidak terjejas.

Wanita jerit, tumbuk diri sendiri selepas tonton 'Annabelle: Creation'
Dia juga dilihat terbaring di atas lantai di luar pawagam itu dan menjerit serta batuk berterusan.

Selepas stesen MRT, 'Annabelle' kini berkeliaran di Sunway Pyramid
Selepas berada di salah sebuah stesen MRT semalam, anak patung Annabelle kini ditemui di Pusat Membeli-belah Sunway Pyramid.

"Jaga perilaku menaiki tren atau Annabelle akan menghantui anda!"
Pihak Rapid KL yang mengendalikan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) memberi ‘amaran’ terhadap penggunanya menerusi laman Facebook.

Trailer: 'Annabelle: Creation' menceritakan kisah asal yang menyeramkan!
Warner Bros. Pictures melancarkan trailer pertama 'Anabelle: Creation', dibawah arahan David F. Sandberg.