SATU pergaduhan tercetus dalam sebuah pawagam di Brazil selepas seorang ibu didakwa membiarkan anaknya membuka YouTube dengan kuat sewaktu menonton filem fenomena, Barbie.
Insiden pergaduhan tersebut dirakamkan penonton sebelum videonya tersebar di platform TikTok.
Menerusi video yang beredar seorang wanita memakai baju berwarna merah jambu telah dipukul seorang perempuan lain dengan latar belakang ending credit filem Barbie.
Bagaimanapun tidak diketahui siapa yang memulakan pergaduhan tersebut, lapor TMZ.
Filem lakonan Margot Robbie dan Ryan Gosling itu telah mengumpul sebanyak RM1.2 bilion pada minggu pertama tayangannya.
Meskipun ia menjadi fenomena, Barbie juga berdepan kontroversi dan diharamkan di Vietnam kerana didakwa menggambarkan garisan sembilan sempang kontroversi China. -- Gempak
Gempak
Wed Jul 26 2023

Insiden pergaduhan tersebut dirakamkan penonton sebelum videonya tersebar di platform TikTok. - Gempak

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Wanita dibelasah waktu tonton Barbie di pawagam
Satu pergaduhan tercetus dalam sebuah pawagam di Brazil selepas seorang ibu didakwa membiarkan anaknya membuka YouTube dengan kuat sewaktu menonton filem fenomena, Barbie.

Wanita maut dipercayai dipukul abang kandung
Mangsa yang berusia 25 tahun itu disahkan meninggal dunia 10.30 malam Sabtu di Hospital Queen Elizabeth II setelah dua hari menerima rawatan.

Gara-gara cemburu, wanita dipukul hingga mati
Mangsa mengalami kecederaan dan lebam di bahagian mata dan lengan selepas dipercayai dipukul dengan sebatang mop di ruang tamu.