KEHADIRAN juri tetap Big Stage, Ajai dalam program hiburan tersebut ternyata memberi impak tersendiri.
Mana tidaknya, minggu pertama sahaja Ajai sudah mula trending di sosial media apabila memberi dua markah kepada peserta Hafiz Zainal.
Namun bagi Ajai, itu merupakan satu pengalaman bermakna buat dirinya selama lapan minggu bersama Big Stage.
"Saya rasa ia satu pengalaman yang sangat bermakna, saya dapat mendengar dan mengenali tone daripada generasi baharu.
"Adanya semua juri di sini adalah untuk berkongsi kepada mereka dan program-program sebegini bukan sahaja meningkatkan prestasi mereka yang menyertainya malah persaingan dalam industri juga," katanya.
Ajai yang popular dengan lagu Maafkanlah Cinta menyatakan bahawa selama lapan minggu bersama dengan semua peserta.
Tujuannya ialah untuk berkongsi ilmu dan beliau merasakan bahawa setiap peserta di dalam program ini sangat cepat belajar.
Pada masa sama, Ajai juga bercadang bakat-bakat sedia ada seperti peserta Big Stage terutamanya diletakkan dalam satu kumpulan yang sama untuk mengembangkan lagi skala peminat mereka sebelum mereka keluar sebagai penyanyi solo.
Selain Ajai, juri yang turut bertanggungjawab sepanjang Big Stage berlangsung ialah Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir.
Pelakon Elly Mazlien juga dilihat menjadi permintaan paling hangat daripada netizen untuk terus kekal sebagai Presiden Netizen.
Big Stage musim ketiga menyaksikan peserta Azzam Sham dinobat sebagai juara, manakala Usop pula dinobat naib juara.
Program yang dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad itu telah bersiaran secara langsung di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) serta dipancarkan di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.
Asyraf Roslan
Mon Oct 05 2020

Selain Ajai, juri yang turut bertanggungjawab sepanjang Big Stage berlangsung adalah Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir. -Astro AWANI

Malaysia zon endemik denggi: Pengesanan awal penting cegah komplikasi teruk kanak-kanak
Denggi masih menjadi isu kesihatan awam yang penting di Malaysia, dengan negara ini diklasifikasikan sebagai zon endemik berikutan virus berkenaan telah tersebar meluas di semua kawasan.

Lapan lagi saksi akan dipanggil SPRM berkait kes bekas pegawai Ismail Sabri
Lapan lagi saksi akan dipanggil SPRM berkait kes bekas pegawai Ismail Sabri
AWANI Ringkas: Penganggur didakwa bunuh peniaga wanita
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Video promosi VM2026 dikemas kini setiap suku tahun
Video promosi Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) akan dikemas kini setiap suku tahun bagi memastikan ia relevan dengan tarikan pelancongan terkini di seluruh negara.

PM Anwar beri sumbangan tunai bantu nelayan terjejas pendapatan
Keadaan rumah nelayan tersebut, Supian Saman, sangat daif dengan dinding rapuh dan bumbung yang tidak mampu menahan hujan lebat.

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Penghuni pulau di Australia dipindahkan akibat Siklon Tropika Alfred
Penduduk dan pelancong di sebuah pulau di luar pantai timur laut Australia akan mula dipindahkan ke tanah besar susulan ancaman yang ditimbulkan oleh Siklon Tropika Alfred, lapor Xinhua.

PM Anwar tegas tolak rasuah dalam pertahanan negara
Beliau berkata perbuatan sedemikian bukan sahaja mengkhianati amanah yang diberikan, tetapi juga merosakkan keselamatan serta keamanan negara.
Seniman jalanan dicadang pakai batik, Jadikan sebagai anak angkat DBKL
Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mencadangkan seniman jalanan dijadikan sebagai anak angkat kepada DBKL dan memperkenalkan pakaian batik sebagai identiti mereka.
Seniman jalanan diharap tidak hanya main lagu 'tangkap leleh'
Kerajaan berharap seniman jalanan khususnya di ibu negara supaya tidak hanay memainkan lagu-lagu jiwang atau tangkap leleh sahaja.

Ajai dedah lagu Kesetiaan bukan asalnya milik arwah Siti Sarah
Ajai berkata, pada asalnya lagu Kesetiaan itu dicipta dan telah dirakamkan oleh artis wanita lain.

Ajai kongsi kemunculan terbaharu Hafiz Suip, peminat luah rasa rindu
Komposer dan penyanyi Ajai mencuri perhatian ramai apabila berkongsi kemunculan terbaharu penyanyi bersuara mantap, Hafiz Suip.

Konsert Exists X Orkestra hampir lengkapkan kembara 32 tahun Exists
Bakal berlangsung pada 22 Disember ini, Exists X Orkestra akan menyaksikan kugiran ini bergabung dengan lebih 30 pemain orkestra penuh.

Nourul Wahab luah rasa seperti dipinggirkan anak, Ajai: "Sebagai bapa saya pujuk Ayu..."
Ajai sifatkan perselisihan faham antara anak dan ibu perkara biasa dan yakin boleh diselesaikan.

Finale Big Stage 2023: Ini 10 perkara menarik perlu anda tahu
Malam ini kita akan tahu siapa yang bakal membawa pulang gelaran juara Big Stage 2023.

Big Stage 2023: Bergelek atas pentas? Itu semua aksi spontan saya - Ajai
Ajai juga mengakui bahawa dirinya sekadar menunjukkan dua sisi berbeza mengikut situasi.

Big Stage 2023: "Saya rasa Aina tak suka saya" - Farhan Shah
Alamak, betul ke Aina Abdul tak suka Farhan Shah?

Big Stage 2023: "Saya minta maaf, minggu depan saya..." - Naufal Azrin
Naufal juga memohon maaf kepada peminat-peminat Isaac jika dirinya menjadi punca Isaac disingkirkan pada minggu ini.

Big Stage 2023: Komen kasar? Isaac Voo tidak berkecil hati dengan Ajai
Isaac Voo tidak berkecil hati dan mengambil kritikan sebagai pembakar semangat untuk meneruskan perjuangannya dalam industri muzik.

'Lagu ni ada sebelum anak saya lahir lagi' - Azmi Saat ubat rindu dengan Permataku
Azmi tampil solo dengan lagu "Permataku" yang dicipta khas oleh komposer Ajai buat cahaya mata syurganya.