Pelakon, pengacara dan penyampai radio Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau Leya mengakui perletakan jawatannya pada bulan lepas di stesen radio Hot FM adalah satu tindakan yang tepat pada masanya.
Dengan kelahiran bayi lelakinya pada 9 Januari lalu, Leya berharap agar dapat memberikan tumpuan penuh buat anak-anaknya.
“Perletakan jawatan saya dikira dibuat pada masa yang tepat, apabila saya bersalin juga beberapa hari selepas hari terakhir saya di Hot FM iaitu 31 Disember.
Jadi, selepas ini saya dapat tumpukan lebih perhatian buat bayi yang baru lahir ini dan juga anak kembar saya” jelasnya ketika dihubungi Astro AWANI.
Jelas Leya, selepas ini dia lebih senang membuat kerja secara freelance dan tidak pasti sama ada akan meneruskan kerjaya sebagai penyampai radio di stesen lain.
“Belum ada tawaran lagi untuk ke mana-mana, buat masa sekarang saya dalam proses berpantang dan selepas ini akan berkerja secara freelance,” katanya yang sudah berkhidmat di stesen radio berkenaan selama lapan tahun.
Bercerita mengenai bayinya yang merupakan cucu dan cicit lelaki pertama dalam keluarganya, Leya mengakui wujud rasa kekok.
“Adik beradik Leya semua perempuan dan anak kembar saya juga perempuan. Saya akui kelahiran bayi lelaki pertama ini buat saya jadi kekok kerana tak ada pengalaman langsung. Lebih-lebih lagi dari segi penjagaannya yang berbeza dengan cara penjagaan bayi perempuan.
Malah, kecoh juga bila saya dan adik beradik yang lain sewaktu mahu menukar lampin anak. Semua bagai tak pasti bagaimana sepatutnya harus dilakukan,” cerita Leya yang juga merupakan kakak kepada pelakon Sharifah Amani, Sharifah Aleysha dan Sharifah Aryana.
Bayi lelaki tersebut merupakan anak pertama Leya hasil perkahwinan keduanya bersama Muhammmad Azam Abdullah atau Miko.
Leya dan Miko telah diijabkabulkan pada Januari 2014 di masjid al-Mukarramah di Sri Damansara.
Leya mempunyai sepasang anak kembar Aza Ameena dan Asha Ameena hasil perkahwinan terdahulu.
Astro Awani
Mon Jan 12 2015
Selepas lapan tahun berkhidmat, kontrak Leya bersama Hot FM berakhir pada 31 Disember lalu - Foto Twitter
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Waktu yang tepat untuk berhenti - Sharifah Aleya
Sharifah Aleya mengakui perletakan jawatannya di stesen radio Hot FM adalah satu tindakan yang tepat pada masanya.