KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dicadang kembali mewajibkan semua penggiat industri perfileman khususnya freelancer untuk menjadi ahli persatuan perfileman dalam usaha memastikan kumpulan itu dilindungi skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia Datuk Jurey Latiff Rosli berkata sebelum ini, penguatkuasaan syarat keahlian pernah diwujudkan Finas di bawah syarat paducitra bahawa semua penggiat seni mesti menjadi ahli persatuan yang diiktiraf perbadanan itu.
"Ketika itu, syarat ini dikuatkuasakan apabila syarikat (perfileman) memohon sijil pengakuan penggambaran (SPP) sebelum menjalani penggambaran drama atau filem.
"Saya juga telah menyusul perkara ini kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas Datuk Kamil Othman dan beliau akan membawa usul ini ke mesyuarat lembaga pengarah," katanya kepada Bernama.
Syarat itu menurut Jurey Latiff telah dibatalkan pada 2021 oleh CEO Finas ketika itu Ahmad Idham Ahmad Nadzri.
Beliau berkata terdapat dua persatuan perfileman ketika ini iaitu Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) dan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) yang telah bertahun membayar caruman kepada Perkeso bagi ahli mereka.
"Mereka (kedua-dua persatuan) telah menguatkuasakan syarat setiap kali memperbaharui keahlian, setiap ahli hendaklah membayar sekali yuran pembaharuan ahli sekali gus mencarum kepada Perkeso," katanya.
Rabu lepas, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata skim Perkeso untuk pekerja dalam sektor perfileman termasuk freelancer akan diwujudkan untuk memastikan mereka mendapat perlindungan keselamatan sosial termasuk pencen ilat.
Fahmi berkata langkah itu akan membolehkan penggiat industri perfileman yang kebanyakannya berdepan kesukaran keselamatan sosial termasuk isu pencen mempunyai perlindungan mencukupi.
Mengulas lanjut, Jurey Latiff berkata perhatian perlu diberikan kepada mereka yang bekerja sebagai freelancer yang tidak menjadi ahli mana-mana persatuan, sekali gus tidak mempunyai keahlian Perkeso.
Jurey Latiff berkata selain menjadi ahli persatuan perfileman dan ahli pencarum, Finas turut boleh mendapatkan data terutamanya jumlah sebenar penggiat seni di tanah air.
Senada dengan itu, pengarah seni Afandi Radzun Ismail yang juga seorang freelancer berpendapat kerajaan mempunyai kuasa mewajibkan penggiat seni mencarum kepada Perkeso melalui persatuan industri kreatif kerana caruman itu dapat menjaga kebajikan pekerja sekiranya berlaku sebarang kemalangan.
"Seperti saya, saya lihat mencarum ini ada kepentingannya sebab kami tidak ada perlindungan selain daripada insurans yang disediakan Profima dan insurans persendirian," katanya.
Beliau turut berpandangan penggiat seni perlu mengubah corak pemikiran tentang caruman yang disifatkan mahal dan perlu dibayar setahun sekali, sedangkan anggaran gaji bagi seorang freelancer dalam industri itu adalah antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan bergantung kontrak produksi.
"Di bawah saya, ada tiga orang dan saya telah mewajibkan serta menguruskan caruman mereka menerusi rakan-rakan di Profima kerana mereka yang akan menguruskannya melalui dalam talian sahaja. Profima sudah memberi kemudahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2023
Jurey Latiff berkata perhatian perlu diberikan kepada mereka yang bekerja sebagai freelancer yang tidak menjadi ahli mana-mana persatuan, sekali gus tidak mempunyai keahlian Perkeso. - Gambar fail/Facebook Jurey Latiff
Peniaga besi buruk terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan V Raja.
Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan
Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberi peruntukan besar kepada masyarakat India di Malaysia.
Beberapa jalan ditutup bermula Sabtu hingga petang Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Sabtu hingga jam 3 petang Ahad sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.
Fadhlina rayu undi calon PH
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek merayu pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap memberi peluang kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK), Dr Joohari Ariffin untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat pada pengundian Sabtu ini.
Faisal Halim sudah mula jalani sesi latihan sejak Rabu
Pemain berusia 26 tahun itu difahamkan sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan media.
Sebuah roket dari Lubnan dipintas Israel
Sebuah roket yang dilancarkan dari Lubnan berjaya dipintas rejim Israel pada Khamis.
Roket yang dipintas itu kemudian mengenai bumbung sebuah pusat beli-belah di bandar Acre, utara Israel.
Roket yang dipintas itu kemudian mengenai bumbung sebuah pusat beli-belah di bandar Acre, utara Israel.
Singapura tunggu masa sesuai untuk iktiraf Palestin
Republik Singapura pada dasarnya bersedia untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara jika ia menolak keganasan dan menerima hak Israel untuk wujud.
Ratusan penunjuk perasaan Israel gesa pembebasan tebusan
Ratusan penunjuk perasaan anti-kerajaan turun ke jalan-jalan di Baitulmaqdis pada Khamis bagi menggesa pembebasan tebusan ketika rundingan mengenai perjanjian antara Hamas dan Israel dilaporkan akan disambung semula.
Tiga pengendali makanan disyaki pembawa demam kepialu di sekolah
Semua pengendali makanan telah diberi rawatan dan tidak dibenarkan mengendalikan makanan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza melebihi 38,000 orang
Sekurang-kurangnya 58 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 38,011 orang sejak 7 Oktober lalu menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Wajibkan penggiat industri perfileman jadi ahli persatuan, mudahkan perlindungan Perkeso
Jurey Latiff berkata, sebelum ini, penguatkuasaan syarat keahlian pernah diwujudkan Finas di bawah syarat paducitra.