SEOUL: Video muzik bagi single sulung kumpulan K-pop Blackpink, "Whistle" melepasi 900 juta tontonan di YouTube, lapor Agensi Berita Yonhap.

Video muzik yang dilancarkan pada Ogos 2016 itu, meraih kejayaan tersebut pada 2 petang, menurut agensi kumpulan itu, YG Entertainment.

"Whistle" merupakan satu daripada dua lagu utama untuk single sulung kuartet itu, "Square One." Lagu ini menduduki carta iTunes di 14 negara dan rantau di seluruh dunia, serta carta muzik domestik utama ketika ia dilancarkan.

Dengan pencapaian ini, kumpulan wanita popular Blackpink kini mempunyai 10 video yang mencatat lebih 900 juta tontonan di YouTube.

Blackpink adalah artis muzik dengan pengikut terbanyak di YouTube dengan lebih 94.6 juta pelanggan di perkhidmatan perkongsian video global itu.

--BERNAMA-YONHAP