Video muzik terbaru penyanyi pop antarabangsa, Taylor Swift, berjudul Bad Blood, mencecah tontonan lebih 5 juta hanya dalam masa 24 jam.

Ia bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan promosi besar-besaran yang dibuat, selain kemunculan ramai bintang ternama dalam video muzik ini.


Bukan sekadar sambutan yang hebat, Bad Blood turut menerima reaksi positif peminat yang memuji kelainan yang dibuat Taylor kali ini.



Ramai juga yang memuji mesej di sebalik jalan cerita video muzik ini, iaitu bangkit selepas dikhianati.




Plot video muzik ini berkisarkan Taylor sebagai Catastrophe, yang bangkit menuntut keadilan selepas dikhianati rakan baiknya, Arsyn, lakonan Selena Gomez. Ia dikatakan diinspirasikan daripada hubungan dingin antara Taylor dan rakan artis, Katy Perry.

Pengarah video terkemuka, Joseph Kahn, dipertanggungjawabkan untuk mengarah video ini.

Tonton video muzik Bad Blood: