BIARPUN sudah berpisah, pelakon Vanidah Imran mengakui dia tumpang gembira dengan perkahwinan bekas suaminya iaitu aktor Rashidi Ishak dengan pengarah Wan Hasliza Wan Zainuddin.
Menurut Vanidah atau mesra disapa sebagai Vee, dia sudah lama mengenali Wan Hasliza dan memuji keperibadian wanita tersebut.
“Sebenarnya saya dah lama kenal Liza, malah pernah berlakon dalam filem di bawah arahannya. Bagi saya, Liza seorang yang baik dan saya sebenarnya sangat gembira bila dapat tahu Rashidi memperisterikan dia.
“Sejujurnya, saya sudah lama tahu mereka nak berkahwin tapi takkan la saya nak beritahu orang lain sebelum mereka sendiri umum,” kata Vanidah kepada Gempak.
Vanidah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem berjudul Imam di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Vanidah lagi, dia berasa lega apabila Rashidi memilih Hasliza sebagai isteri memandangkan wanita itu seorang yang berpendidikan.
“Saya beritahu anak perempuan saya yang dia mesti akan suka dengan Hasliza. Sebab Hasliza seorang yang berpendidikan, bijak dan menyenangkan.
“Selepas anak saya jumpa Hasliza, dia turut menyukai Hasliza yang sememangnya sangat menyenangkan. Jadi, saya lega kerana Rashidi memilih dia sebagai isteri.
“Dia pun seorang yang matang dan saya yakin kelebihan itu membolehkan dia untuk mengendalikan hidup berumah tangga dengan baik. Apa pun, kami sangat okey dengan perkahwinan mereka,” ujarnya.
Untuk rekod, Vanidah mendirikan rumah tangga dengan Rashidi pada 1 Oktober 2000 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran dan Maryam Rashika.
Namun rumah tangga yang dibina selama 17 tahun musnah apabila mereka memutuskan untuk bercerai pada 9 Ogos 2018.
Pada Julai tahun lalu, Vanidah selamat bergelar isteri kepada seorang jurutera, Arifabillah Idris manakala Rashidi pula berkahwin dengan Hasliza sekitar Februari tahun ini.
* Artikel asal disiarkan di Gempak.
Gempak
Fri Mar 03 2023

pelakon Vanidah Imran mengakui dia tumpang gembira dengan perkahwinan bekas suaminya iaitu aktor Rashidi Ishak dengan pengarah Wan Hasliza Wan Zainuddin. - Gambar GEMPAK

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Wakili Malaysia di Korea, Vanidah Imran berdebar tunjuk aksi silat
Vanidah bersama 19 peserta lain bakal mewakili Malaysia dan bersaing dengan atlet-atlet dari 100 negara lain.

Tidak ada perbezaan, cuma bergerak sendirian - Rashidi Ishak
Tambah Rashidi dia akan sentiasa bersama anak-anak jika mereka memerlukan seorang ayah.

Ida Nerina & rakan arah filem untuk Ikal Mayang
Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2013, WOMEN:girls bakal mengetengahkan cerita-cerita wanita yang disampaikan menerusi siri filem pendek.