TAHNIAH diucapkan buat pasangan pelakon, Uqasha Senrose dan suaminya, Kamal Adli yang akhirnya bakal menimang cahaya mata sulung, tidak lama lagi.
Uqasha sebelum ini pernah mendedahkan dia pernah mengalami dua kali keguguran dalam ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata.
Menerusi hantaran di media sosial pada Ahad, pelakon filem Sumpahan Jerunei itu meluahkan rasa syukur atas rezeki yang tidak ternilai harganya ini.
“Syukur ya Allah, alhamdulillah rezeki manusia berbeza-beza dan ini antara rezeki yang paling besar untuk Qasha.
“Ramai tanya-tanya kenapa saya tak jawab-jawab sebab dah gugur jadi saya takut jadi biarlah dari saya sendiri yang cakap.
"Doakan yang baik-baik untuk Qasha and baby,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Uqasha pada masa sama turut bersedih apabila ada individu tidak bertanggungjawab yang melemparkan kata-kata tidak manis mengenai keluarganya berkaitan isu zuriat.
“Terima kasih kepada yang doa, jujur saya sedih bila orang cakap kenapa family Senrose semua tak ada zuriat la apa la, bila dapat tahu ni Qasha bahagia sangat sebab aturan Allah tu dia maha mengetahui.
“Jodoh ajal maut rezeki semua daripada Dia,” katanya lagi menerusi hantaran yang dibuat di dalam bentuk video itu.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, hantaran tersebut menerima lebih 160,000 tanda suka selain layangan ucapan tahniah daripada para pengikutnya.
Untuk rekod, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga dengan pada 5 November, 2021 lalu. -Media Hiburan
Media Hiburan
Mon Jan 15 2024

UQASHA: Syukur ya Allah, alhamdulillah rezeki manusia berbeza-beza dan ini antara rezeki yang paling besar untuk Qasha. -Media Hiburan/Instagram
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.

Uqasha Senrose umum hamil anak sulung
Uqasha sebelum ini pernah mendedahkan dia pernah mengalami dua kali keguguran dalam ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata.

Dituduh bergambar terlalu rapat dengan Ustaz Azhar Idrus, ini jawapan Uqasha Senrose...
Kata Uqasha, sudut gambar yang dirakamkan pada momen terbabit menampakkan kedudukan mereka seperti yang didakwa netizen.

'Jangan cakap besar, takut Allah uji' - Uqasha tegur Kamal Adli isu poligami
Kamal yang membuat siaran langsung di laman sosial baru-baru ini berkata isterinya itu sudah cukup membahagiakan dan dia tidak memerlukan wanita lain untuk dicintai.

Sumpahan Jerunei gondol 6 trofi di Itali, Perancis
Filem Sumpahan Jerunei mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila berjaya memenangi enam trofi di Florence Film Awards, Itali dan Paris Film Awards.

Uqasha beri sebab kenapa dia setuju jayakan babak berkemban, peluk Amerul Affendi
Uqasha Beri Sebab Kenapa Dia Bersetuju Untuk Jayakan Babak Berkemban, Peluk Amerul Affendi Dalam Sumpahan Jerunei

Sumpahan Jerunei: 'Saya kena ikat bawah air yang dalam' - Uqasha cabar diri lakukan aksi lagak ngeri
Berkongsi cabaran dalam filem itu pula, terdapat banyak babak aksi lagak ngeri juga dilakukan Uqasha sendiri.

Siasatan lanjut penyerang Kamal Adli, Mahkamah Singapura tangguh ke 10 Julai
Mahkamah Singapura benarkan penangguhan dua minggu lagi untuk jalankan siasatan lanjut ke atas lelaki yang didakwa menyerang Kamal Adli.

Mahkamah Singapura tangguh kes lelaki serang Kamal Adli kepada 30 Mei
Mahkamah Singapura membenarkan penangguhan empat minggu lagi untuk pegawai penyiasat melengkapkan siasatan ke atas seorang lelaki yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli.

Penyerang pelakon Kamal Adli tidak dibenar ikat jamin
Mahkamah Singapura tidak membenarkan lelaki yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli diikat jamin.