Filem dokumentari terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia FINAS dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara (JWN) “Unburying the Past” telah berjaya menerima dua anugerah di Festival Arkeologi Filem dan Video Antarabangsa di Eugene, Oregon, USA yang bermula dari 7-11 Mei 2013.
Filem arahan Harun Rahman dari Novista Sdn Bhd telah merangkul anugerah dalam kategori “Best Public Education” dan “Best Narration”. Filem tersebut juga telah muncul sebagai tiga filem teratas untuk anugerah Filem Terbaik daripada 79 buah filem dari 22 negara yang menyertainya.
Wakil yang menyertai Festival tersebut terdiri dari Puan Subaidah Md Top, Pengarah Produksi FINAS, Encik Rizal Mat Yasin, Pegawai Eksekutif FINAS dan Puan Lara Ariffin, Penerbit dari Novista Sdn. Bhd.
“Dokumentari ‘Unburying the Past’ telah mendapat pujian dari pihak juri dari segi kualiti penerbitan, pengisiannya dan grafik. Dengan pengiktirafan antara tiga filem terbaik, ia membawa makna bahawa, filem penerbitan Malaysia telah mencapai taraf antarabangsa.”
“Dengan menghadiri Festival tersebut, Warisan Arkeologi Malaysia dapat diangkat ke mata dunia,” Subaidah.
Dokumentari ini telah diterbitkan atas cetusan idea dari Menteri Kementerian Penerangan, Kommunikasi dan Kebudayaan, YB Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim dan mendapat kerjasama dari Prof Emeritus Datin Paduka Zuraina Majid, Pesuruhjaya Warisan Malaysia.
Astro Awani
Tue May 28 2013
Tinjauan 2025: Keyakinan PMKS meningkat, landskap global jadi pemboleh ubah
Landskap geopolitik yang tidak menentu, cabaran harga bahan mentah dan pelbagai lagi menjadi cabaran utama kepada PMKS di negara ini. Bagaimana mereka harus mendepaninya? Ulasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid.
Indeks Sentimen PKS meningkat, bukti keyakinan PMKS
Momentum positif yang direkodkan dalam kajian ini sekali lagi menekankan kedudukan PMKS sebagai segmen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang secara signifikan kepada trajektori pertumbuhan Malaysia.
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
[Data & Statistik] Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Trend peningkatan Indeks Sentimen PKS mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, jangkaan jualan yang kukuh serta perancangan yang diperbaharui untuk pengembangan dan penciptaan peluang pekerjaan.
Strategi Malaysia mendepani dasar luar jangka era Trump
Rantau Asia terutama ASEAN dilihat berada pada kedudukan paling stabil terutama dari segi pertumbuhan ekonomi, geopolitik dan keselamatan pada ketika ini. Bagaimana Malaysia harus respond kepada perang dagang 2.0 antara AS-China yang mungkin memuncak?
Semangat membara Soon Huat-Shevon
Kejayaan mara ke separuh akhir WTF di China pertengahan bulan ini sebagai pencapaian yang tidak pernah mereka gambarkan.
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
KLCC Holdings akan majukan tanah di Bandar Malaysia
Ia adalah tapak bekas pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi, di Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: 7 maut, 33 yang lain cedera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Disember 2024]
Fokus Awani Pagi Bersama Syazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
'Unburying the Past' rangkul dua anugerah antarabangsa
Filem dokumentari terbitan FINAS dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara (JWN) 'Unburying the Past' telah berjaya menerima dua anugerah di Festival Arkeologi Filem dan Video Antarabangsa.