Seramai 100 peserta dilaporkan hadir untuk sesi uji bakat “Raja Lawak” musim ketujuh di lokasi pertama di Pulau Pinang.

Bertempat di Ixora Hotel, sesi ujibakat dibuka seawal jam 9 pagi diamana ianya berlansung pada Sabtu dan Ahad.

Menurut pengurus saluran Astro Warna, Bob Azrai, “Raja Lawak” untuk musim terbaru ini pihak produksi mencari bakat kepelbagaian pelawak terutamanya mereka yang memiliki identiti tersendiri.

“Saya sarankan kepada mereka yang berminat untuk menyertai Raja Lawak untuk musim ini, melayari laman rasmi di rajalawak.com.my untuk mendapatkan tips dan tema uji bakat supaya mereka lebih faham dan tidak tersasar dari landasan,” kata Azrai.

Menjadi satu-satunya peserta wanita yang hadir ke sesi uji bakat, Rashidah Rahman akui sedikit gementara bagaimanapun berjanji untuk memberikan persembahan baik jika dianya terpilih ke peringkat seterusnya.

“Jika saya berjaya ke peringkat seterusnya, saya akan buat yang lebih baik sebab ini merupakan kali pertama saya datang ke sesi uji bakat jadi sedikit takut kerana masih tidak biasa di atas pentas,” kata Rashidah.

Sesi uji bakat "Raja Lawak" ke-7 seterusnya akan berlangsung di Megamall, Kuantan pada 23 dan 24 februari manakala Kota Kinabalu, Sabah pada 2 dan 3 Mac.

Sementara itu, peserta di Johor boleh mencuba nasib di Plaza Angsana pada 9 dan 10 Mac diikuti di Sacc Mall, Shah Alam pada 16 dan 17 Mac ini.

Juara bakal membawa pulang wang tunai RM100 ribu manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa wang tunai sebanyak RM50 ribu dan RM30 ribu.

"Raja Lawak" musim ke-7 akan menemui peminat setiap jumaat pada jam 10 malam bermula 12 April depan.