I won the lottery many times over

Itu merupakan pembuka ucapan Datuk Acis,pengarah muzik dan suami kepada penyanyi legenda, Shiela Majid yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 54 tahun hari ini.

Acis turut menitipkan ucapan selamat hari jadi yang cukup romantik buat isterinya.

“ Selamat hari jadi kepada isteri dan juga ibu kepada anak-anak saya, intan payung dan puting beliung. Hari ini kami meraikan anda,” kata Acis di laman Instagram peribadinya.


Datuk Acis atau nama sebenarnya Hashridz Murshim Hassim juga memuatnaik gambar-gambar kenangan mereka berdua di InstaStories.

Sheila yang dilahirkan pada 3 Januari 1965 merupakan seniwati yang menjadi kebanggaan dalam kalangan peminatnya di rantau ini.

Beliau mula melibatkan diri sebagai penyanyi profesional sejak tahun 1985 dan selepas lebih tiga dekad, kemasyhuran yang dikecapinya masih membanggakan.

Penghibur yang sangat sinonim dengan lagu Legenda, Antara Anyir dan Jakarta serta Sinaran itu masih aktif melakukan persembahan pentas termasuk menjayakan pementasan sempena sambutan Tahun Baharu 2019 di Indonesia pada 31 Disember lalu.

Selamat hari lahir Ratu Jazz negara!