PENYAMPAI radio Era, Johan Raja Lawak dikecam oleh pengikut Instagram selepas memuat naik fotonya sedang solat di hadapan poster pemain boleh sepak terkenal Christiano Ronaldo.
Beberapa netizen berpendapat tempat Johan tunaikan ibadah itu tidak sesuai selain mempersoalkan sejadah digunakan terlalu kecil.
Beberapa netizen berpendapat tempat Johan tunaikan ibadah itu tidak sesuai selain mempersoalkan sejadah digunakan terlalu kecil.
Antara komen-komen negatif yang dilemparkan dalam ruang komen adalah
"Sembah Ronaldo ke?"
"Tak akan tak ada tempat yang sesuai sedikit?"
"Tak ada sejadah besar ke? Hairan juga ni"
Bagaimanapun, Johan tidak berdiam diri dan membuat kenyataan balas bagi menjelaskan keadaan.
Menurut Johan, Tuhannya hanyalah Allah dan dia solat dimana-mana kecuali tandas dan rumah.
Mengenai isu sejadah pula, Johan berkata isu sejadah bukanlah isu yang besar dalam menunaikan ibadah.
Selain itu, isteri Johan, Ozlyn turut menegur beberapa netizen yang suka mencari salah orang lain kerana risau kelak makan diri sendiri dan lebih baik sekiranya, diberikan kritikan yang membina.