SALAH satu filem yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan adalah Justice League yang menyatukan adiwira DC Comics, dan tentunya amat dinanti-nantikan para peminatnya.

Menyedari peminat menunggu lebih setahun untuk menyaksikan filem ini, pengarah Zack Snyder mencuit keterujaan dengan berkongsi trailer khas dalam acara Comic-Con di San Diego.

Trailer berdurasi 2 minit 45 saat itu menampilkan watak Batman, Wonder Woman, Aquaman, Cyborg dan The Flash yang harus bersatu untuk menentang ancaman besar yang melanda dunia.

Hanya watak Superman yang tidak membuat penampilan dalam trailer ini.

Justice League menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Ben Affleck sebagai Batman, Henry Cavill (Superman), Gal Gadot (Wonder Woman), Ezra Miller (The Flash), Jason Momoa (Aquaman), dan Ray Fisher (Cyborg).


Peminat meluahkan kegembiraan mereka di Twitter setelah menonton trailer filem berkenaan.


Turut menjadi tanda tanya adalah watak Superman yang tidak membuat kemunculan dalam trailer berkenaan.


Trailer berkenaan berjaya mencatat lebih dari 11 juta tontonan sehari selepas ia dimuat naik di YouTube.

Justice League dijadual akan ditayangkan pada November 2017.