PELAKON Adam Shahz menegaskan dia tidak akan kembali untuk bersama bekas isterinya, Fatin Afeefa.
Adam berkata kehidupannya lebih teratur tanpa bekas isteri serta meminta tiada pihak yang mengharapkan mereka kembali bersama.
“Tidak dinafikan, memang ada yang mendoakan supaya dia kembali bersama saya.
“Tapi saya minta jangan doakan saya kembali bersamanya dan saya minta agar dapat jauhkan perkara tersebut.
“Saya sudah ‘move on’ kerana saya rasa kehidupan saya kini lebih teratur tanpa dia (bekas isteri).
“Malah saya dapat meluangkan lebih banyak masa bersama anak,” katanya.
Adam mendirikan rumah tangga dengan Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin pada 21 Disember, 2013, namun kedua-duanya mengambil untuk berpisah pada 30 Mei tahun lalu.
Hasil perkahwinan, Adam dan Fatin dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia yang kini berusia tiga tahun.
Berkenaan dengan sambutan perayaan Aidilfitri pula, Adam memberitahu dia tidak keseorangan kerana akan menyambutnya bersama anak perempuannya.
"Anak menyambut Aidilfitri dengan saya tahun ini, tiada apa perlu disedihkan,” katanya lagi. - Teks oleh Syafiqah Jalal