Ringkasan AI
- TNG eWallet mula melaksanakan pengesahan identiti pengguna sepenuhnya melalui eKYC berkuat kuasa 20 Disember 2024. Semua pengguna perlu mengesahkan identiti sebelum dapat menggunakan dompet digital.
- Pengguna perlu memuat naik gambar MyKad dan swafoto untuk pengesahan identiti, yang bertujuan mengatasi masalah akaun palsu dan meningkatkan integriti ekosistem TNG eWallet.
- Pengguna sedia ada yang belum melakukan pengesahan akan dihadkan secara berperingkat. TNG eWallet belum berkongsi maklumat mengenai integrasi MyDigital ID.
Selepas diberikan tempoh 10 bulan, kini TNG eWallet mengumumkan mereka mula mengimplementasi eKYC 100% berkuat kuasa 20 Disember ini.
Semua pengguna TNG eWallet perlu mengesahkan identiti sebelum dapat menggunakan dompet digital.
Di bawah eKYC, pengguna perlu memuat naik gambar MyKad dan kemudiannya gambar swafoto.
Dengan melakukan pengesahan pengguna, ia akan dapat mengatasi masalah akaun palsu atau yang digunakan untuk aktiviti penipuan, selain turut meningkatkan kadar integriti ekosistem TNG eWallet.
Untuk pengguna TNG eWallet sedia ada yang masih belum lakukan pengesahan, pihak TNG mengatakan ia akan dihadkan secara berperingkat.
Buat masa ini, pihak TNG eWallet tidak berkongsi sebarang perkara berkaitan dengan integrasi MyDigital ID yang mungkin memudahkan lagi proses pengesahan identiti ini. -Amanz