BIARPUN mempunyai nama besar dengan rekod jualan album yang membanggakan, kumpulan pop antarabangsa popular era 90-an, Backstreet Boys (BSB), tidak pernah memenangi sebarang trofi dari Anugerah Grammy.
Tercalon buat kali kelapan dalam Grammy edisi ke 61 tahun ini, kumpulan yang dilabel boyband paling berjaya itu tidak menaruh harapan tinggi untuk menang.
"Satu penghormatan apabila masih dicalonkan dan bersaing dengan nama-nama baharu. Tetapi kami tidak berharap memandangkan sudah banyak kali kami kecewa.
"Kami tidak merajuk, tetapi definisi kemenangan adalah apabila kami masih bertahan sehingga ke hari ini. Untuk sebuah kumpulan teguh bersama selama 26 tahun, ia sesuatu yang boleh dibanggakan," kata salah seorang anggota BSB, Nick Carter, dalam temubual eksklusif bersama portal ET Canada.
BSB tercalon dalam kategori Vokal Pop Duo/Berkumpulan Terbaik menerusi lagu Don't Go Breaking My Heart yang merupakan single pertama dari album terbaharu mereka, DNA.
Peluang terbaik BSB untuk memenangi trofi berprestij industri muzik antarabangsa itu hadir 19 tahun lalu, apabila mereka menerima lima pencalonan menerusi album paling laris tahun 1999, Millenium.
Mereka bagaimanapun gagal membawa pulang sebarang trofi.
Anugerah Grammy ke-61 bakal berlangsung 10 Februari depan di Los Angeles.
Agensi
Fri Feb 01 2019

Untuk sebuah kumpulan teguh bersama selama 26 tahun, ia sesuatu yang boleh dibanggakan, kata Nick Carter, salah seorang anggota BSB. Instagram @backstreetboys

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Lyia Meta, penyanyi Malaysia pertama dicalonkan dalam Anugerah Grammy
Menerusi lagu "Delta Shine" bersama Antonio Vergara, penyanyi itu menerima pencalonan dalam kategori Album Blues Kontemporari Terbaik.

Penyanyi rap Killer Mike ditahan ketika Anugerah Grammy
Setakat ini tiada kenyataan dikeluarkan pihak polis Los Angeles berkenaan perkara itu.

Anugerah Grammy perkenal kategori muzik Afrika
Untuk pertama kali, kategori muzik Afrika diperkenalkan di Anugerah Grammy termasuk tiga kategori baru untuk anugerah tahun ini, termasuk "Prestasi Muzik Afrika Terbaik".

Presiden Ukraine Zelenskyy muncul di Anugerah Grammy menerusi rakaman video
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy pada Ahad muncul dalam sebuah rakaman video di Anugerah Grammy ke-64.

Jungkook BTS disah pulih COVID-19, akan beraksi di pentas Grammy
Big Hit Music mengumumkan Jungkook telah menjalani ujian pada Sabtu dan disahkan negatif COVID-19, lapor Soompi.

Taylor Swift, Beyonce lakar sejarah di Anugerah Grammy 2021
Taylor Swift menang Album Terbaik menjadikan Swift penyanyi wanita pertama yang menang kategori itu sebanyak tiga kali.

Beyonce terima pencalonan Grammy terbanyak, termasuk 'Record of the Year'
Pencalonan Beyonce itu adalah menerusi lagu 'Black Parade' dari album 'The Lion King: The Gift' yang ditujukan kepada komuniti kulit hitam.

Jungkook catat sejarah peribadi, artis K-Pop pertama dengan dua lagu di carta Billboard
Ketika BTS menanti untuk menempa sejarah dalam Anugerah Grammy yang akan datang, salah seorang anggotanya Jungkook, telah menambah koleksi sejarah peribadinya.

BTS enggan kongsi pentas lagi, mahu buat persembahan solo di Grammy
Penyanyi rap, Suga, dalam satu sidang media dalam talian pada Rabu berkata biarpun pernah mengadakan persembahan di pentas Grammy sebelum ini, mereka menyimpan hasrat untuk membuat persembahan solo.

Demi Lovato beremosi sampaikan lagu "Anyone" di Anugerah Grammy
Penampilan Demi Lovato kali ini dilihat sangat beremosi dengan menyanyikan single terbaharunya yang bertajuk Anyone.