Kata Sherry, dia masih belum mendapat sebarang berita berhubung kehilangan bagasinya itu dan berharap perkara tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin.
"Masih tiada sebarang berita berhubung kehilangan bagasi saya dari pihak lapangan terbang.
"Tiada pakaian, tiada toiletries, no this and no that and of course no mood right now.
"Malah, kakitangan pun tidak dapat mengesan di mana bagasi saya. Tak tahu nak salahkan siapa.
"Harap-harapnya saya akan mendapat semula barangan saya yang tidak dapat dikesan itu hari ini," tulisnya di Instagram.