“TIADA makanan di dunia seperti di Malaysia,” itulah kenyataan yang dibuat oleh seorang pempengaruh luar negara apabila dia terpesona dengan hidangan-hidangan yang boleh didapati di negara ini.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, pempengaruh yang dikenali sebagai @theveggiesontour mempamerkan makanan-makanan Malaysia seperti roti canai, roti jala dan mi goreng yang disifatkan sebagai mempunyai pengaruh dari semua bangsa yang berada di negara ini.
“Tiada makanan di dunia seperti di Malaysia. Apa yang membuatkan Malaysia istimewa ialah Malaysia antara salah sebuah negara yang didiami oleh berbagai bangsa.
“Malaysia mempunyai bangsa seperti Melayu, Bumiputera (Sabah dan Sarawak), Cina dan India, semua bangsa ini mempengaruhi budaya makanan yang membuatkan negara ini mempunyai hidangan yang sangat menarik,” ujarnya.
Kenyataan itu disambut baik warganet di mana rata-ratanya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh pempengaruh tersebut.
“Betul, saya dan kawan saya berlainan bangsa dan banyak benda yang boleh diperkatakan tentang makanan, ia menyatukan kita semua.”
“Setuju sangat. Nak apa semua ada.”
“Setuju! Sebab makanannya bercampur dari segi budaya.”
Sekadar info, @theveggiesontour merupakan pasangan Pat dan Guilia dari London, United Kingdom.
Mereka mula membuat kandungan berkaitan pelancongan dan makanan di seluruh Malaysia setelah terkandas di negara ini akibat daripada pandemik COVID-19.
Pat dan Guilia turut meneroka dan mengulas tentang makanan istimewa di Malaysia seperti roti canai termahal di Kuala Lumpur, Mee Kolok Sarawak, dan banyak lagi.
Selain Malaysia, Pat dan Guilla turut melancong ke negara lain seperti Indonesia dan Thailand. -Gempak
Sumber: Instagram
Gempak
Wed Nov 29 2023
Pempengaruh yang dikenali sebagai @theveggiesontour mempamerkan makanan-makanan Malaysia seperti roti canai, roti jala dan mi goreng yang disifatkan sebagai mempunyai pengaruh dari semua bangsa yang berada di negara ini. -Gempak/Instagram
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
'Tiada hidangan di dunia seperti ini' - Pempengaruh luar negara kagum makanan Malaysia
Pempengaruh yang dikenali sebagai @theveggiesontour mempamerkan makanan-makanan Malaysia seperti roti canai, roti jala dan mi goreng yang disifatkan sebagai mempunyai pengaruh dari semua bangsa.