PENYANYI Aisha Retno menggugurkan air matanya setelah diumumkan hampir tersingkir di konsert The Hardest Singing Show minggu ke-8 malam tadi.
Aisha kecewa dapat kedudukan tercorot
Aisha atau pemilik nama sebenar Sharifah Aisha Reto Sayed Sipulijam meluahkan rasa kecewanya kerana ini merupakan kali pertama dia pernah berada di kedudukan tercorot sepanjang bertanding selama 8 minggu di THSS.
Aisha yang membawakan lagu Who Run The World nyanyian asal Beyonce turut membuat permohonan maaf kepada peminat sekiranya persembahannya itu telah mengecewakan mereka.
"Saya sedih sebab tengok semua peserta, produksi semua dah macam keluarga dan paling saya sedih saya kecewakan ibu saya.
"Kalau betul persembahan saya kurang baik saya minta maaf kepada peminat saya sebab ini merupakan kali pertama saya merasa jadi kedudukan tercorot di pertandingan rasa dia memang tak seronok sebab tiba-tiba diumumkan tersingkir.
"Sebab sepanjang 8 minggu saya berada di sini saya tidak pernah merasakan tercorot dan tersingkir. Saya akan cuba buat yang lebih terbaiklah," katanya ketika ditemui Gempak.
Sementara itu, penyanyi berusia 24 tahun itu turut memaklumkan bahawa dia tidak akan mensia-siakan peluang kedua yang telah diberikan dan berharap agar dapat menebus semula persembahannya pada minggu separuh akhir kelak.
"Apabila diumumkan semua peserta level up satu minggu (LUSM), saya happy tapi bila tengok markah saya paling tercorot lagi jadi saya kena terima realiti itu dan kena buat yang terbaik lagi.
"Peluang yang telah diberikan oleh produksi dan juri saya akan cuba buat yang terbaik jangan anggap main-main sebab ada sikit lagi ada garisan penamat," tambahnya lagi.
Rancangan 10 minggu ini diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.
Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show
* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.
* Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000
beserta trofi sumbangan Astro.
* Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow
.
* Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
'The Hardest Singing Show' bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama 10 minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah di balik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat disaksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin. -Gempak
Gempak
Mon Jul 01 2024
Aisha yang membawakan lagu Who Run The World nyanyian asal Beyonce turut membuat permohonan maaf kepada peminat sekiranya persembahannya itu telah mengecewakan mereka. -Gempak
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
THSS: Terapung sambil main piano, Aisha Retno raih markah tertinggi 90.74 peratus
Aisha Retno telah dinobatkan sebagai peserta yang menduduki tangga pertama di minggu ke-9 dalam pertandingan The Hardest Singing Show.
THSS: Hampir tersingkir, Aisha Retno menangis kecewakan peminat
Aisha yang membawakan lagu Who Run The World nyanyian asal Beyonce turut membuat permohonan maaf kepada peminat sekiranya persembahannya itu telah mengecewakan mereka.
THSS: Kekal di tangga tiga teratas, Aisha Retno juara minggu Mega Dansa
Hasil kemenangan menyaksikan Aisha membawa pulang Anugerah The Hardest of The Night serta wang tunai RM2,000.
KPH 2.0 dingin, penonton lebih selektif untuk berhibur
Lambakan konsert artis antarabangsa dan faktor ekonomi semasa menjadi sebab kehadiran penonton ke konsert berkenaan berkurang.
Big Stage 2022: Menuju garisan penamat, Aisha Retno akan pastikan usahanya berbaloi
Aisha berikrar pada gelanggang akhir Big Stage 2022 malam ini dia akan bangkit dan melakukan yang terbaik.
Menjelang pentas akhir, ini 8 perkara menarik sepanjang Big Stage 2022
Ini antara momen-momen menarik sepanjang Big Stage 2022 berlangsung.
Big Stage 2022: Aisha Retno bersedia untuk tampil dengan sisi lain
Aisha akan bersaing bersama lagi 10 peserta lain antaranya Ajoi Zainal, Tegar, Lia Aziz, dan Daniel Chuer.