TENGKU Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra dan isteri, Cik Puan Sofie Louise Johansson mencemar duli bagi membersihkan sebuah pantai di negeri itu.
Menerusi laman sosial Instagram, Cik Puan berkongsi beberapa keping foto dan sepotong video pasangan diraja itu untuk tatapan umum.
“Hari ini kita pergi ke pantai di Kelantan untuk membersihkan kawasan. Today we went to the beach in Kelantan to do some clean up,” tulis Cik Puan sebagai kapsyen.
Menerusi video berdurasi 16 saat itu, menunjukkan baginda berdua mengutip sampah-sarap di sekitar kawasan persisiran pantai sebelum mengumpulkan ke dalam tong.
Rata-rata netizen memberikan reaksi positif terhadap usaha murni yang dilakukan oleh pasangan diraja tersebut.
“Assalamualaikum, Cik Puan memang terbaik. Please keep our beach clean. Harap-harap Kerajaan ada buat kempen kebersihan pantai,” ujar seorang netizen.
“Assalamualaikum Cik Puan, I admire your spirit,” puji seorang netizen.
“Assalamuaikum, semoga usaha murni tuanku berdua akan menjadi ikutan menjadi pengunjung pantai kelak,” kata seorang netizen.
“Bottles and footwear the common litter. Good job, respect Cik Puan and hubby!” komen seorang netizen lagi.
Perkongsian tersebut telah menerima hampir 8,000 tanda suka daripada warga maya.
Gempak
Wed Sep 18 2019
Menerusi video berdurasi 16 saat itu, menunjukkan baginda berdua mengutip sampah-sarap di sekitar kawasan persisiran pantai sebelum mengumpulkan ke dalam tong. - Foto Instagram
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
Tengku Mahkota Kelantan dan Cik Puan Sofie turun padang bersihkan pantai
Menerusi laman sosial Instagram, Cik Puan berkongsi beberapa keping foto dan sepotong video pasangan diraja itu untuk tatapan umum.