PELAKON Ruhainies, 26 tahun mendedahkan dirinya sangat sibuk dengan kerjaya semenjak menceburi bidang lakonan.
Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas juga masih belum mempunyai teman lelaki kerana kesibukannya.
"Sejujurnya, semenjak saya terlibat dengan bidang hiburan empat tahun lalu, saya memberikan fokus dalam apa yang saya lakukan.
"Alhamdulillah, rezeki dalam bidang ini tidak putus dan saya sangat sibuk dengan tuntutan kerjaya sebagai pelakon dan duta produk. Saya juga tidak mempunyai teman lelaki kerana sukar untuk memberikan komitmen dan sering menumpukan perhatian terhadap kerja," kata Ruhainies.
Mengakui ada mengenali seorang jejaka yang bergelar ahli perniagaan baru-baru ini, hubungan itu tidak sampai ke tahap serius.
"Baru-baru ini, saya ada mengenali seseorang. Saya akui, dia lelaki yang rapat dengan saya tetapi perhubungan kami tidaklah sampai ke tahap bercinta.
"Enam bulan usia perkenalan, saya sukar untuk memberikan masa kepadanya kerana sibuk dengan kerja. Kadang-kadang jika saya cuti dan tidak ke set penggambaran, saya pula mahu menghabiskan masa dengan keluarga.
"Akhirnya, saya dapat tahu dia ada mengenali wanita lain. Jadi, saya memutuskan untuk tidak lagi berhubung dengan jejaka tersebut," katanya lagi.
Ruhainies bakal muncul dalam siri terbaru slot Megadrama, Tak Ada Cinta Sepertimu yang merupakan naskah adaptasi novel karya Anna Milia.
Selain Ruhainies, drama bersiri 16 episod arahan Jamal Khan ini menampilkan Zahirah Macwilson, Syafiq Kyle, Fadlan Hazim dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Tak Ada Cinta Sepertimu yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) bermula 12 Mac ini.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Ruhainies
Gempak
Fri Mar 09 2018
Ruhainies Mengakui ada mengenali seorang jejaka yang bergelar ahli perniagaan baru-baru ini, hubungan itu tidak sampai ke tahap serius.
“Kepada cinta aku bertanya…” - PM
PM berpuisi dengan tajuk kepada cinta sebagai akhirulkalam pembentangan #Belanjawan2025.
Pembangunan sukan negara terima RM230 juta tahun depan
RM15 juta kepada Pasukan Harimau Malaya, Pasukan bawah 18 dan dan bawah 13 dengan kerjasama FAM bagi dapatkan jurulatih terbaik, ikuti sesi latihan terbaik serta diberi ganjaran kepada pemain.
Peruntukan hal ehwal Islam berjumlah RM2 bilion tahun depan - PM
Kata PM, Kerajaan bersetuju menambah kuota guru KAFA sebanyak 1,500 orang, selari dengan tuntutan pendidikan fardu ain untuk anak-anak.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
RM500 pada guru KAFA, takmir, imam, bilal, tok siak, noja & marbut
Ia sebagai tanda penghargaan kepada golongan berkenaan kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin ditingkatkan
Kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin akan
ditingkatkan termasuk Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600.
ditingkatkan termasuk Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600.
RM900 juta laksana 48 Program Residensi Rakyat (PRR) - PM
Hampir RM900 juta laksana 48 Program Residensi Rakyat (PRR) dan 14 projek Rumah Mesra Rakyat - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Dalam masa sama, PM berkata, bagi menggalakkan pemilikan rumah pertama, Kerajaan bercadang memberikan pelepasan cukai individu sehingga RM7,000.
#Belanjawan2025
#AWANInews
Dalam masa sama, PM berkata, bagi menggalakkan pemilikan rumah pertama, Kerajaan bercadang memberikan pelepasan cukai individu sehingga RM7,000.
#Belanjawan2025
#AWANInews
Belanjawan 2025: Pemberian Khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikkan RM600 juta
Kerajaan bercadang menaikkan Kadar Pemberian Khas Sabah dan Sarawak sekali ganda kepada RM600 juta.
Peluang pendidikan dan latihan TVET akan dipertingkatkan
Tambah beliau lagi, ianya termasuk 100 juta ringgit khusus untuk bidang keutamaan NIMP seperti MRO, EV, aeroangkasa & AI.
Kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin ditingkatkan
Kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin akan
ditingkatkan termasuk Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 ketimbang RM500 sebulan.
#AWANInews #Belanjawan2025 #Belanjawan25
ditingkatkan termasuk Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 ketimbang RM500 sebulan.
#AWANInews #Belanjawan2025 #Belanjawan25
Geran padanan RM50 juta untuk Program “Anak Angkat ILKA”
Kerjasama PROTON melalui PROTON Advanced Automotive Technology Institute di Melaka yang menyumbang kurikulum, bantuan tenaga pengajar serta keperluan latihan.
Teman 'ahli perniagaan' Ruhainies akhirnya kenali hati budi orang lain
Ruhainies, 26, mendedahkan dirinya sangat sibuk dengan kerjaya semenjak menceburi bidang lakonan.