Bukan sesuatu yang mudah untuk menggabungjalinkan empat kisah kematian dalam tahanan, namun produksi teater 'Selak:Serak' oleh Rumah Anak Teater berjaya melakukannya.
Pementasan berbentuk ‘devise theater’ ini merupakan naskhah terbaru arahan Ayam Fared dan dibintangi oleh dua orang kolaborator, Lorna Hoong dan Khairil Ridzuan K’N.
Dipentaskan bagi memperingati ulangtahun kematian mendiang Teoh Beng Hock dan R.Gunasegaran, naskhah ini cuba menyelami pelbagai isu berkaitan ekonomi, politik dan sosial tempatan.
Selain kesannya kepada masyarakat, penonton secara tidak langsung terus disedarkan dengan pelbagai kes-kes terbaru yang melibatkan pihak polis sewaktu melaksanakan proses soal-siasat.
Menolak tanggapan keganasan pihak polis sebagai satu isu yang sensitif, Ayam menjelaskan sesuatu isu hanya dianggap sensitif apabila ia kurang diberi pendedahan meluas kepada masyarakat.
“Bahagian tubuh yang paling sensitif pada manusia adalah bahagian yang jarang disentuh. Apabila bahagian tersebut sentiasa disentuh, akan hilanglah sensitiviti tersebut. Apabila ia tidak disentuh, bahagian itu akan terus menjadi sensitif.
“ Isu sebegini perlu terus disentuh oleh setiap masyarakat terutamanya penggiat seni seperti kami untuk ia terus didedahkan dan menjadi peringatan kepada kita semua. Apabila ia disebarluaskan dan diperdebatkan, maka hilanglah sensitiviti tersebut.” ujar Ayam Fared, pemenang trofi Pengarah Terbaik di Anugerah Seni BOH Cameronian tahun 2012.
Empat kisah kematian dalam tahanan yang diselitkan dalam 'Selak:Serak' adalah N.Dhamendran yang mati pada tahun 2013, Ahmad Sarbani Mohamed (2011), A.Kugan (2009) dan Teoh Beng Hock (2009).
Menyingkap perasaan watak-watak yang digambarkan menerusi orang terdekat dengan si mati, Selak:Serak dianggap berjaya merangkaikan kisah-kisah di sebalik kematian tersebut berdasarkan perspektif mereka yang terdekat dengan si mati.
Paling penting, menyelongkar emosi yang dipendam oleh mereka yang terdekat dengan si mati menerusi pelambangan simbolisme yang tersirat.
Makna perkataan selak dan serak juga pelbagai berdasarkan sebutan ejaannya berpandukan e pepet atau pun e taling. Ia membuatkan pementasan ini terbuka kepada sebarang intepretasi yang pelbagai.
Apabila ditanya kepada penonton usai pementasan tersebut, ada yang menyifatkan pementasan itu sebagai dendam, tidak kurang juga yang menyifatkannya sebagai kekecewaan, kemarahan, kekerasan dan pelbagai rasa timbul setelah menontonnya.
Pihak penerbit berharap menerusi pementasan ini akan dapat menyedarkan masyarakat bahawa sekiranya budaya penderaan pihak berkuasa ini tidak dibendung, ia juga mungkin akan berlaku kepada orang terdekat kita sendiri.
Sebelum ini, Rumah Anak Teater pernah menerbitkan teater Tanda, Banduan Akhir di Sel Akhir, Short Eyes, SeNaPas dan Beng Hock.
Pementasan sepanjang 90 minit itu dipersembahkan dalam bahasa Melayu, Cina dan Inggeris dengan sarikata dalam bahasa Melayu.
Berlangsung di PJ Live Arts, Jaya One Petaling Jaya, pementasan Selak:Serak berlangsung mulai 12 hingga 14 Julai ini.
Harga tiket untuk menyaksikan pementasan ini berharga RM50, RM30 dan RM25 (pelajar dan OKU).
Layari laman sosial Facebook: Rumah Anak Teater, twitter @RumahAnakTeater dan Instagram Rumah Anak Teater untuk maklumat lanjut.
Klik hashtag #SelakSerak untuk membaca ulasan penonton yang telah menyaksikan pementasan tersebut.
Muzaffar Mustapa
Fri Jul 12 2013
JDT ke final Piala Malaysia, singkir Terengganu FC dengan agregat 6-1
Skuad bimbingan Hector Bidoglio membawa bekalan selesa 4-0 daripada aksi separuh akhir pertama pada 17 Jan lepas.
10 Berita Pilihan - (1 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas 1 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 1 Februari 2025
1️⃣ Amaran ribut petir, hujan lebat
2️⃣ NADMA diminta terus pantau kesiapsiagaan
3️⃣ Tiga warga Israel, 183 Palestin dibebaskan
#awaniringkas
1️⃣ Amaran ribut petir, hujan lebat
2️⃣ NADMA diminta terus pantau kesiapsiagaan
3️⃣ Tiga warga Israel, 183 Palestin dibebaskan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Amaran ribut petir, hujan lebat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Remaja ditemukan lemas di Lata Tebing Tinggi
Setibanya anggota pasukan daripada BBP Selama di lokasi kejadian, didapati mangsa telah dijumpai orang awam.
Polis giat buru tiga suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta supaya tampil menghubungi pihak polis.
Venezuela dijangka benarkan AS hantar pulang rakyatnya yang merupakan pendatang tanpa izin
Pada Jumaat, Presiden Venezuela Nicolas Maduro bertemu dengan utusan khas Presiden AS Donald Trump, Richard Grenell di Caracas.
Wakil Malaysia menang dua anugerah pada pertandingan Mrs World 2024
Dr Shalini Devi merangkul gelaran Best Costume Award dan Mrs World Ambassador Award pada pertandingan itu.
2,800 anggota TDM siap siaga bantu mangsa banjir di Sarawak dan Sabah
Ketika ini, formasi 1 Divisyen di Sarawak dan 5 Divisyen di Sabah telah digerakkan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir.
'Sama ada beliau bodoh atau tak faham' - Kit Siang
Perbalahan antara veteran DAP Lim Kit Siang dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung isu membuka semula siasatan ke atas kes kematian berprofil tinggi berterusan.
Teater 'Selak:Serak' selami hati orang terdekat si mati
Produksi teater Selak:Serak menggabung jalinkan empat kisah kematian dalam tahanan menjadi sebuah naskhah yang cukup mengagumkan.