Di atas permintaan ramai, teater muzikal SuperMokh yang menceritakan kisah hidup ikon bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari bakal dipentaskan semula.

Teater yang diberi nama ‘SUPERMOKH Sebuah Muzikal Restaging’ akan dipentaskan pada 8 hingga 12 September 2014 di Istana Budaya.

Pernah mencatatkan 17 persembahan ‘sold out’ pada pementasannya yang pertama November tahun lepas, kali ini pengarahnya Hans Isaac akan bekerjasama dengan Harith Iskander dalam mengarahkan teater ini.

supermokh
Tenaga produksi teater muzikal Supermokh bersama penaja rasmi pementasan tersebut

Teater muzikal ini diteraju oleh Awie yang memegang watak Mokhtar dan Maya Karin sebagai Tengku Zarina.

Persembahan turut dibantu watak-watak lain yang digalas bintang terkenal seperti Rashidi Ishak, Douglas Lim, Dina Nadzir, Radhi Khalid, Phoon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna.

Susunan lagu bertaraf antarabangsa di dalam muzikal ini dicipta oleh pengarah muziknya, Michael Veerapen d dengan seni kata oleh Adlin Aman Ramli serta seni tari yang dicipta oleh Adzwadi Saini.

supermokh

Dalam autobiografi muzikal ini, Awie menggalas peranan utama selaku pemain bola sepak negara, Datuk Mokhtar Dahari.

Mokhtar, yang digelar SuperMokh, mula bermain untuk pasukan kebangsaan seawal usia 19 tahun.

Mengidap penyakit saraf, Mokhtar meninggal dunia pada Julai 1991 semasa berusia 37 tahun.

Teater muzikal ini bakal menyingkap perjalanan hidup Mokhtar sebagai seorang suami, bapa, rakan dan hero negara.

Teater yang menelan belanja RM3 juta ini bakal menarik minat ramai anak muda Malaysia yang tidak pernah berpeluang mengenali dan melihat SuperMokh beraksi.

Tiket boleh didapati di www.ticket2u.biz pada harga:

Persembahan Malam (8.30pm): RM46, RM96, RM106, RM126, RM166, RM236
Persembahan Matinee (3.00pm): RM38, RM78, RM86, RM102, RM134, RM190, RM246

Pelanggan CIMB akan menerima potongan harga istimewa :

Kad Kredit dan Debit CIMB - Diskaun 10% untuk kesemua harga
Kad Kredit Preferred Infinite CIMB - Diskaun 15% untuk tiket berharga dari RM166 ke RM306