Teater Muzikal "Destini Anak Bangsa Tan Sri Arshad Ayub" kini dipentaskan sehingga 28 Januari.
Pementasan berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam.
Pementasan empat hari itu mengisahkan suka duka kehidupan Arshad, pengarah pertama Institusi Teknologi MARA pada 1967 hingga 1975.
Arshad kini merupakan Pro-Canselor UITM.
Peranan Arshad dijayakan oleh Tony Eusoff sementara watak Puan Sri Zaleha Mohd Arshad dibawa oleh Intan Ladyana.
Teater itu turut melibatkan Esma Daniel dan Azizah Mahzan serta 70 pensyarah dan pelajar UITM.
Tiket dijual dari harga RM15 ke RM100.
Hasil kutipan akan disalurkan ke Tabung Destini Anak Bangsa UITM bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk menyambung pelajaran di luar negara.
Astro Awani
Sat Jan 26 2013
![Teater Muzikal Destini Anak Bangsa Tan Sri Arshad Ayub Teater Muzikal Destini Anak Bangsa Tan Sri Arshad Ayub](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/41359213193_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Teater Muzikal Destini Anak Bangsa Tan Sri Arshad Ayub Teater Muzikal Destini Anak Bangsa Tan Sri Arshad Ayub](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/41359213193_295x200.jpg)
Teater Muzikal Destini Anak Bangsa Tan Sri Arshad Ayub
Teater Muzikal "Destini Anak Bangsa Tan Sri Arshad Ayub" kini dipentaskan sehingga 28 Januari.