"Itulah saya, saya pun bukanlah popular sangat."
Itu luahan penyanyi Atilia atau nama sebenarnya Raja Puteri Atilia Raja Haron mengenai isu gambar bertatu yang dimuat naik oleh penyanyi kecil molek di akaun Instagramnya (IG) baru-baru ini.
Jelas beliau, tatu tersebut bukanlah tulen sebaliknya hasil penggunaan aplikasi yang dimuat turun olehnya
BACA: 'Viralkan I pula, please' - Atilia Haron tayang 'tatu'
Malah, jika mereka yang lihat secara teliti akan tahu bahawa tatu berkenaan adalah palsu dan hanyalah disunting menggunakan aplikasi.
"Saya saja-saja buat experiment gunakan aplikasi tu. Orang pun tahu saya ni jenis macam mana. Saya sangat kelakar, fun dan kalau anda tengok akaun Instagram saya, macam itu lah saya di luar.
"Saya pun tidak terfikir untuk memadamkan gambar berkenaan dari IG saya," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Malah Atilia turut mengakui gambarnya itu telah mendapat "like" yang banyak dimana beliau mengakui tidak pernah mendapat "like" sebanyak itu sebelum ini.
Tambahan pula dengan kapsyen "Cukuplah dengan isu Zouk... Viralkan I pula please" di bawah gambar beliau melakukan sesi yoga.
Dalam masa yang sama, beliau turut mengakui dia tidak kisah jika ada netizen yang mengecamnya kerana perkara tersebut.
Beliau juga meminta semua pihak tidak terlalu serius mengenai isu itu kerana ia hanya gurauan semata-mata.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sat Mar 03 2018
Gambar yang dimuat naik Atilia di Instagramnya baru-baru ini.
10 Berita Pilihan - (20 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Donald Trump faktor kenaikan mendadak nilai Bitcoin
Nilai Bitcoin telah meningkat kepada ASD90,000 pada Selasa, susulan jangkaan pemerhati bahawa Presiden Amerika Syarikat yang baharu, Donald Trump akan menjadi lebih mesra matawang kripto
Mahkamah benarkan Imran Khan diikat jamin
Sebuah mahkamah tinggi Pakistan pada Rabu membenarkan bekas Perdana Menteri Imran Khan yang sedang dipenjarakan atas tuduhan rasuah diikat jamin
Seorang wanita Amerika Syarikat didakwa cuba menyerang lelaki Palestin
Seorang wanita Illinois berhadapan dengan beberapa pertuduhan menimbulkan kebencian terhadap seorang lelaki Palestin dan isterinya yang mengandung.
Perbuatan itu dirakam oleh sebuah kamera telefon bimbit di dalam sebuah kedai bakeri
Perbuatan itu dirakam oleh sebuah kamera telefon bimbit di dalam sebuah kedai bakeri
Dua polis, suspek tercedera terkena tembakan
Dipercayai, insiden itu berlaku selepas polis berkenaan menghentikan sebuah kenderaan yang disyaki dicuri.
Tentera Guatemala rampas hampir 4,000 bungkusan dadah disyaki kokain
Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Negara, Ann Marie Argueta, pihaknya mengesan sebuah kapal dalam keadaan mencurigakan kira-kira 20 batu nautika dari pantai berhampiran.
Hantaran Macron dalam Bahasa Melayu cetus kekaguman, eratkan hubungan Malaysia-Perancis
Hantaran itu walaupun ringkas, ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu, mencetuskan kekaguman dan rasa ingin tahu dalam kalangan pengguna laman sosial.
Musim kedua bermula, ruang ketengahkan inovasi
Innovathon merupakan sebuah program realiti televisyen berteraskan sains, teknologi dan inovasi sebagai platform untuk mengangkat Kemahiran dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sokong PMX dalam usaha lenyapkan Israel - Sanusi
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan menyokong penuh sebarang usaha termasuk langkah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyingkirkan Israel daripada keanggotaan PBB selain melenyapkan terus negara haram itu.
KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang meneliti mekanisme bagi mengesan ketirisan rantaian bekalan minyak masak bersubsidi dari peringkat pembungkusan, pemborongan, peruncit hingga pengguna.
beIN SPORTS CONNECT, iQIYI & TVBAnywhereplus Apps kini di Astro Ultra Box
Pelanggan kini boleh menstrim lebih banyak acara sukan global secara siaran langsung termasuk hiburan Asia kegemaran mereka.
Tinder tidak mahu dikenali sebagai aplikasi cari teman untuk buat maksiat
Demi menarik pengguna Asia, syarikat yang mengendali aplikasi Tinder ambil langkah untuk ubah reputasinya sebagai aplikasi untuk membuat maksiat.
"Tatu tu edit pakai apps lah!" - Atilia
Jika dilihat secara teliti, anda akan tahu bahawa "tatu" Atilia di bahagian badannyan adalah palsu.