Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Isteri kepada aktor Ashraf Sinclair ini telah mengundang pertikaian netizen yang bercanggah pendapat mengenai pakaiannya di ruangan komen.
Terdapat netizen dari Indonesia mencadangkannya memakai pakaian tradisional Indonesia, ada juga yang berpendapat kebaya yang dipakai Bunga itu turut melambangkan identiti negara asalnya.
Terdahulu, Ashraf dan bunga telah berkahwin pada November 2008 di Jakarta.
Hasil perkahwinan itu, pasangan romantik ini dikurniakan seorang cahaya mata, Noah pada tahun 2010.