PENYANYI Azlan & The Typewriter enggan menggambil keputusan terburu-buru mengeluarkan album penuh pada tahun ini kerana trend muzik semasa yang tidak menentu.
Menurut Azlan atau nama sebenarnya Nor Azlan Rosle, 34, berkata, sekarang bukan masa yang sesuai untuk menghasilkan album kerana tidak mahu menanggung kerugian akibat kurang mendapat sambutan.
"Kami sebenarnya ada perancangan untuk keluarkan album tetapi bukan sekarang kerana trend muzik semasa tidak menentu.
"Saya takut buang masa sahaja, lagipun daripada menanggung kerugian kerana album tak laku cukuplah kami cuma menghasilkan single dahulu," katanya kepada Astro Gempak.
Azlan berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul, 'Lambat Tinggal' di Kafe Skrin, Kuala Lumpur, di sini, Rabu.
Tambahnya, lagu tersebut lebih kepada memberikan semangat kepada pendengar berbanding daripada tema cinta yang selalu dibawanya.
"Lagu ini lebih kepada rentak rancak, ceria dan bersemangat apabila didengar kerana ia membawa mesej tentang apa saja dilakukan, harus dilakukan dengan bersungguh-sungguh tanpa menggambil masa yang lama untuk menyiapkannya," jelasnya.
Lagu dan lirik ciptaan sepenuhnya oleh Azlan ini juga bakal dijadikan lagu tema untuk syarikat telekomunikasi Onexox.
Dalam perkembangan berlainan, Azlan berkata, dia bakal muncul dengan sebuah konsert berjudul High Note 2016 yang akan diadakan pada 25 hingga 27 November depan.
Konsert ini juga bakal melibatkan penyanyi terkenal Ziana Zain dan Jaclyn Victor yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya.
"Konsert ini merupakan permintaan daripada peminat-peminat kami untuk melihat gabungan penyanyi bernada tinggi di atas satu pentas.
"Jadi kami telah memilih Ziana Zain dan Jaclyn Victor untuk turut serta dalam konsert kali ini," katanya.
Gempak
Thu Sep 22 2016
Azlan & The Typewriter mendedahkan beliau enggan menghasilkan apa-apa album tahun ini. - Gambar Astro GEMPAK
AWANI Borneo [26/11/2024] – Amanah, berintegriti | Isu tular | Permohonan kerakyatan
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
Menteri Kesihatan luah rasa sebak dengar perbahasan Ahli Parlimen hari ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad meluahkan rasa sebak ketika berucap selepas mendengar semua perbahasan Ahli-ahli Parlimen yang melibatkan ketanggungjawaban kementerian dibawahnya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpulan individu
Polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7 pada 11 malam, 18 Nov dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat.
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
Pendaftaran perkara 15A kini dilakukan lebih awal - Fatimah
Tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk permohonan kerakyatan bagi anak tidak sah taraf, anak angkat serta anak jagaan kini menunjukkan peningkatan selepas data menunjukkan ia dilakukan lebih awal.
Peluang kerjasama, pelaburan dan pembuatan terjalin di antara Sabah-China
Hubungan di antara Sabah-China diperkukuhkan menerusi Sidang Kemuncak Perniagaan Malaysia-Sabah-China dengan banyak peluang kerjasama baharu terjalin.
DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil tindakan segera mengatasi masalah isu sampah selepas seorang pelancong warga eropah memuat naik video menampakkan keadaan kawasan perairan Jesselton Point terjejas dengan sisa plastik.
Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri
Badan-badan berkanun dan syarikat kerajaan negeri (GLC) negeri digesa menyokong aspirasi kerajaan membangunkan ekonomi negeri secara holistik sekali gus menyumbang kepada hasil kerajaan negeri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Bapa tenat akibat COVID-19, Azlan Typewriter reda
Bapa Azlan disahkan positif sejak dua minggu lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas seminggu dirawat.
Takut rugi, Azlan & The Typewriter sanggup tidak keluar album
Penyanyi Azlan & The Typewriter enggan menggambil keputusan terburu-buru mengeluarkan album penuh pada tahun ini kerana trend muzik semasa yang tidak menentu.