Menurut Kazar, sepanjang kariernya, dia tidak pernah ada rasa cemburu dengan mana-mana kejayaan atau penyampaian sahabat-sahabat artis tanah air.
"Tak pernah rasanya aku merasa cemburu dengan mana-mana kejayaan atau penyampaian sahabat-sahabat artisku.
"Namun kali ini aku mengaku ada sedikit cemburu denganmu, sahabat," tulis Kazar mengenai arwah Abam.
Tulis Kazar, cemburunya bukanlah dengan kejayaan yang dikecapi oleh Abam selama ini tetapi cemburu dengan aturan Allah SWT dengan pemergian arwah Abam.
"Cemburu kerana bukan saja aku lebih kecil bila duduk atau berdiri di sebelahmu sahabat, tapi kenampakan hakikatnya bahawa sememangnya aku terasa kerdil bila melihat segala aturcara pemergianmu sahabat," kata Kazar lagi.
Allahyarham Abam yang mencipta nama menerusi program Maharaja Lawak Mega meninggal dunia pada Isnin selepas dua hari mengalami demam panas.
Abam meninggalkan balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki berusia lima bulan, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
BACA: 'Macam tak percaya aku dan Achey tengok pusara kau, Abam' - Fad Bocey