Tidak pernah berhasrat untuk menyembunyikan daripada masyarakat, sebaliknya, keputusan tidak menghebahkan perceraian adalah semata-mata kerana perkara itu terlalu peribadi.
Itu kenyataan pelakon Vanidah Imran mengulas mengenai entri bekas suaminya, Rashidi Ishak di laman Instagram peribadinya mengenai berita perceraian mereka.
Bagi Vanidah atau lebih mesra disapa Vee, perceraian yang terjadi selepas 18 tahun usia perkahwinan mereka diambil menerusi persetujuan bersama.
Kata Vanidah, tidak berlaku sebarang pertengkaran antara dia dan Rashidi yang akhirnya membawa kepada keruntuhan rumah tangga mereka.
Dalam masa sama, Vanidah berkata, dia sedar bahawa perceraian bukan sesuatu yang disukai di dalam agama, namun memahami bahawa perpisahan juga dibolehkan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu.
“Segala apa yang berlaku ada sebabnya. Demikian juga rumah tangga saya dengan Shidi. Sudah tentu perkara ini (perceraian) berlaku kerana ada sebab-sebab yang biarlah kami sahaja yang tahu.
“Saya fikir adalah tidak manis untuk saya berkongsi punca perceraian kerana mendedahkan hal itu seperti membuka aib kami berdua,” kata Vanidah kepada Astro AWANI.
Selama tujuh bulan bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata Mikhail Aimran, 18 dan Maryam Rashika, 15, pelakon filem Perempuan Melayu Terakhir itu berkata, dia sudah mula menerima ketentuan bahawa jodohnya dengan Rashidi hanya bertahan setakat itu sahaja.
Sekalipun sudah tidak bersama sebagai suami isteri selepas sah bercerai pada 9 Ogos tahun lalu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, namun Rashidi, kata Vanidah, masih mengambil berat dan perhatian kedua-dua permata hati mereka.
“Seperti yang saya katakan, kami bercerai cara elok, tiada pergaduhan. Kata sepakat dicapai selepas perbincangan yang panjang. Demi masa depan anak-anak, kami sepakat untuk tidak bersengketa. Bahkan, saya dan Shidi akan terus bersahabat. Itu ikrar kami,” ujar Vanidah lagi.
Pasangan Rashidi dan Vanidah mendirikan rumah tangga pada 2000.
BACA: 'Saya bukan sama sekali Imam yang baik' - Shidi, Vanidah sah bercerai
Saharudin Musthafa
Wed Mar 20 2019

Kata Vanidah, tidak berlaku sebarang pertengkaran antara dia dan Rashidi yang akhirnya membawa kepada keruntuhan rumah tangga mereka.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kamal Adli nafi dakwaan rumah tangga bergolak, fail cerai
"Doakan yang baik-baik sahaja. Mustahil untuk saya sampai ke tahap itu."

Pasangan pelakon Jay Iswazir dan isteri pula bercerai
Pelakon Jay Iswazir dan isterinya, Azzahra Ahmad disahkan sudah berpisah selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Diana Danielle bakal fail cerai terhadap Farid Kamil, anggap rujuk bukan untuk semua orang
Diana bagaimanapun memilih untuk mengunci mulut mengenai keputusan yang telah dibuat.

Fattah-Fazura bakal lancar rakaman awal lagu duet ‘Bertahan Demi Cinta’
Bekas pasangan selebriti sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura dikatakan bakal melancarkan lagu duet baharu berjudul Bertahan Demi Cinta.

Buka aib Fattah Amin, Fazura boleh dikenakan perintah hina mahkamah - Peguam
Pelakon, Fazura boleh dikenakan perintah menghina mahkamah kerana tidak menjaga aib bekas suaminya, Fattah Amin.

“Janganlah main sentimen itu" - Fattah ada bukti transaksi nafkah untuk Fazura, Fatima
Pelakon Fattah Amin kesal dengan kenyataan bekas isterinya, Nur Fazura yang mendakwa dirinya mengabaikan tanggungjawab tidak memberikan nafkah.

Maut ditikam suami: 'Arwah pernah lapor polis, terima ugutan bunuh sejak setahun lalu'
Wanita yang maut dipercayai ditikam suami di Batu Gajah pada Khamis pernah mengadu beberapa kali menerima ugutan jenayah termasuk bunuh.

Terlerai sudah: 'Kami bukan lagi suami isteri' - Hisyam Hamid
Aktor Hisyam Hamid akhirnya mengakui perkahwinan yang dibina hampir 20 tahun lalu, sudah pun terlerai.

Adira tetap dengan keputusan untuk berpisah dengan Datuk Red
"Apa yang saya boleh cakap keputusan saya masih tetap sama, paling penting tenang," kata Adira.

Brad Pitt didakwa sudah lama dera Angelina Jolie
Jolie menerusi peguamnya mendakwa Pitt sudah lama melakukan penderaan terhadap aktres tersebut sebelum perbuatan itu terdedah.