Daily Seni
Wed Jan 28 2015
'SuperPTUI!': "Di mana" hero kebenaran?
SUATU ketika, pada sekitar tahun 1998 – penghujung riwayat mesin taip, di kantin Akademi Seni Kebangsaan (ASK) kampus Jalan Ampang, seorang lelaki kacak berkulit hitam manis, berseluar ‘cargo pant’, berkasut but, kemeja ‘T’ hitam (‘t-shirt production’) – duduk semeja denganku, seorang budak baru. Dengan suara yang lunak, penuh semangat dan minat yang tinggi dia berkongsi cerita, pengetahuan dan falsafah.
Itulah detik pertemuan kali pertama aku dengan Wan Azli Wan Jusoh atau lebih senang dipanggil Wae (sebut: ‘where’). Ketika itu, aku melihat dia seolah-olah anggota ‘Angry Young Man’ – enthusiastic, tinggi citarasa seni dan memberontak.
Ya, karya-karya Wan Azli penuh dengan ke-tidak-puas-hati-an. Melihat tulisannya dalam naskah Gedebe, kumpulan puisinya – Gula-gula Ole-ole Sajak-sajak (‘d.i.y zine’), teater Superptui! Transit Kaler Magenta, Aghi Ni Jadi Jjahat, monodrama Cikgu Mizi, telemovie Matahari dan pasti filem yang melonjak namanya – Budak Kelantan, penuh dengan kemarahan.
Wan Azli bijak memperlambangkan situasi atau watak ke dalam cerita tulisannya. Dia menggunakan seluruh kaedah How To Read A Film di dalam karyanya.
Metafora, simbol, tanda dan petanda – berselerak di dalam setiap karyanya. Perletakannya pula halus dan cermat, walaupun dadanya bergelora pemberontakan.
Pementasan pertama Superptui! Transit Kaler Magenta pada sekitar 2006, di Stor Teater DBP, dimainkan oleh Ahmad Fuad Osman, Nam Ron, Ayie dan Ili Farhana, terbitan Alternative Stage. Kemudian, pada 8 hingga 14 November 2014 yang lalu, ia dipentaskan semula oleh Rumah Anak Teater di Panggung Pelenggang Cahaya, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, dimainkan oleh Botak Al Hakeem, Fandi Che Hisham, Ayie dan Ros.
Watak-watak Superptui!, Helium Si Gas Nadir dan Maseh Dara adalah perlambangan kepada mangsa agenda jahat politik negara. Namun, Wan Azli meletakkan watak-watak ini sebagai adik-beradik yang menjadi mangsa kepintar-zaliman seorang Bapak.
Superptui! adalah hero kecundang atau ‘binatang jalang yang terbuang’ jika menurut puisi Aku tulisan Chairil Anwar. Hero yang jujur dan benar tetapi diludah-ludahkan.
Helium Si Gas Nadir pula perlambangan kepada golongan intelektual, akademia dan profesional yang tidak mampu berdiri sendiri dan tidak berkembang. Agak kejam juga kerana watak ini digambarkan sebagai autisma. Tetapi, itulah perwatakan yang tepat untuk menggambarkan golongan intelektual negara ini dan itulah kebenarannya ya! Manakala Maseh Dara pula lambang kepada maruah negara yang dilacurkan.
Kaler magenta, menurut sesetengah tafsiran ia adalah warna cinta. Magenta, violet mahu pun ungu adalah warna cinta. Jika menurut Cakra Yoga Hindu pula, warna magenta adalah warna yang paling atas – adunan warna biru dan merah, membawa kepada pengertian mati. Warna putih-lah yang membawa kepada pengertian warna cinta, bukan magenta.
Latarnya di sebuah stesen keretapi. Watak-watak muncul di sini, di sebuah stesen transit dengan tatacahaya berwarna magenta. Namun watak-watak ini tidak tahu ke mana destinasi mereka. Watak-watak yang punya matlamat tetapi tidak jelas tujuan destinasinya. Hendak pergi, tetapi tidak tahu ke mana. Adakah mereka akan pergi kepada warna putih atau kembali menjadi warna merah? Adakah mereka akan bertemu cinta atau terus terjerumus ke dalam sangkar nafsu?
Akhirnya, karya Wan Azli kini dibaca bukan lagi dari sudut ke-tidak-puas-hati-an terhadap kemelut politik negara. Ia adalah antara catatan perjalanan mengenal diri. Watakwatak yang dicipta adalah dirinya – mungkin ketika itu Wan Azli tidak menyedarinya. Dari aku kenal dia yang berbicara mengenai falsafah-falsafah eksistensialis, hari ini dia berbicara tentang puisi-puisi Fansuri dan Rumi – begitulah riwayat perjalanannya.
Rumah Anak Teater mempersembahkan Superptui! Transit Kaler Magenta di PJ Live Arts pada 27 Februari 2015 hingga 1 Mac 2015, jam 8.30 malam. Pada 28 Februari 2015, jam 3 petang sahaja. Tiket berharga RM 40, RM 30 dan RM 20. Untuk tempahan tiket, sila lawati www.tix.my. Sebarang pertanyaan, sila hubungi +6012 229 0944.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
'SuperPTUI!': "Di mana" hero kebenaran?
Rumah Anak Teater mempersembahkan Superptui! Transit Kaler Magenta di PJ Live Arts pada 27 Februari 2015 hingga 1 Mac 2015.
Teater SuperPTUI!: Ludahan kepada sistem yang berbeza-beza
SuperPTU! & Transit Kaler Magenta bakal dipentaskan di USM Pulau Pinang pada 12-14 Disember 2014.
Superptui! & Transit Kaler Magenta kembali ke pentas selepas 10 tahun
Akhirnya setelah sepuluh tahun naskhah teater Superptui! & Transit Kaler Magenta dipentaskan kembali di Pulau Pinang & Petaling Jaya.