Itu kata-kata pengacara dan pelakon, Datuk AC Mizal yang tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan kenangannya bersama Allahyarham Abam Bocey.
Menurut AC Mizal, apa yang membuatkan hubungan mereka lebih akrab apabila Abam bersama-sama menyertai kumpulan 4U2C dan menyanyikan lagu raya .
Dalam masa yang sama, AC juga meminta agar semua peminat dan rakyat Malaysia mendoakan Allahyarham dan semua urusan dipermudahkan.
BACA : Pelawak Abam Bocey meninggal dunia
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.
Abam menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin meninggalkan isterinya, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki berusia lima bulan Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey.