Pelakon, Aprena Manrose akur dengan ketentuan Tuhan apabila masih belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata sulung bersama suaminya, Mohd Afiq Hazman meskipun sudah mendirikan rumah tangga selama enam tahun.
Menurut Aprena, dia sentiasa positif dan percaya pada rezeki yang bakal dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya untuk bergelar seorang ibu kelak. Tambah Aprena, dia mengambil cuti panjang untuk berehat bagi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap usaha mendapatkan zuriat kerana kesibukan bekerja juga boleh menjadi salah satu faktor penyebab seseorang itu sukar mendapat cahaya mata.
"Buat masa sekarang saya sedang berehat dan mengambil cuti berlakon sebab mahu beri fokus pada usaha untuk mendapatkan cahaya mata. Seperti yang semua orang tahu, saya sudah berkahwin selama enam tahun, namun belum ada rezeki dikurniakan zuriat. Jadi saya dan juga suami ambil keputusan untuk berehat sebentar dari kerja."
Dalam pada itu, Aprena memberitahu dia tidak melakukan rawatan Persenyawaan in Vitro (IVF) sebaliknya berusaha untuk hamil secara semula jadi memandangkan hasil pemeriksaan menunjukkan mereka berdua sihat.
"Kami tidak buat IVF pun. Cuma rehatkan badan. Sebab kalau perempuan terlalu penat bekerja, susah untuk ‘bersama’ dengan suami. Bila badan penat macam mana nak ‘buat anak’? Cuma belum rezeki lagi. Suami pun sarankan saya supaya berehat dahulu. Mungkin saya akan kembali bekerja pada bulan hadapan selepas beberapa bulan berehat. Itu pun saya tidak ambil ‘job’ terlalu banyak."
Terdahulu, Aprena sebelum ini mengakui sedikit tertekan memikirkan soal cahaya mata selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, keadaan dirinya masih lagi terkawal dan belum pernah berdepan dengan tekanan emosi memikirkan soal tersebut. - Pa&Ma
Pa and Ma
Sun Jul 24 2022
Aprena memberitahu dia tidak melakukan rawatan IVF sebaliknya berusaha untuk hamil secara semula jadi memandangkan hasil pemeriksaan menunjukkan mereka berdua sihat. - Foto Pa&Ma
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
'Suami suruh rehat dari kerja' - Aprena Manrose fokus nak dapatkan anak lepas 6 tahun kahwin
Menurut Aprena, dia sentiasa positif dan percaya pada rezeki yang bakal dikurniakan oleh Allah kepadanya untuk bergelar ibu.
Sampai hari ni saya tak percaya Abam pergi buat selamanya - Aprena Manrose
Aprena berasa terkilan kerana tidak sempat mempromosikan filem "Jodoh Syaitan" bersama Abam.