Pelakon, pengarah dan penulis skrip Stephen Chow mengumumkan bahawa sekuel filem popular tahun
2004, Kung Fu Hustle, kini dalam perancangan.
Memetik laporan portal berita CNA Lifestyle, beliau mendedahkan perkara demikian ketika ditemu bual oleh pemberita semasa mempromosi filem baharu beliau yang berjudul The New King of Comedy.
Sebelum ini, khabar angin pengambaran filem Kung Fu Hustle 2 pernah diuar-uarkan pada tahun 2005 tetapi ia dikatakan ditangguh kerana pengambaran filem bergenre Sci-fi CJ17, Journey to The West dan filem fantasi, The Mermaid.
Ia berikutan pertanyaan peminat-peminatnya di Guangzhou, Chow juga memberitahu bahawa filem itu akan menjalani penggambaran di luar negara.
"Lokasi penggambarannya bukan di sini (China), ia akan dijalankan di luar negara," tambah Chow.
Malah, Chow juga memberitahu bahawa sekuel filem itu akan memaparkan penceritaan pada zaman moden dan akan mempunyai jalan cerita yang agak sama seperti Kung Fu Hustle asal.
Ketika ditanya sama ada Chow akan turut berlakon dalam filem itu, dia menyoalkan kembali pertanyaan tersebut, "Bolehkah saya? Apa pendapat kamu?"
Agensi
Sun Feb 17 2019

Stephen Chow mengumumkan bahawa filem 'Kung Fu Hustle 2' kini sedang dalam proses perancangan. - Foto Twitter/@ParagraphFilms

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Stephen Chow umum filem 'Kung Fu Hustle 2' dalam perancangan
Pelakon, pengarah dan penulis skrip Stephen Chow mengumumkan bahawa sekuel filem popular tahun 2004, Kung Fu Hustle 2 kini sedang dalam perancangan.