KEMELUT rumah tangga penyanyi Datuk ND Lala dan isterinya iaitu Datin Fauziah Sarman sehingga kini masih menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.
Malah ketiadaan ND Lala bersama keluarganya ketika meraikan Hari Raya Aidilfitri turut mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian Fauziah di Instastory, dia memohon agar ahli keluarga, sahabat dan sesiapa saja yang mengenali untuk tidak menunjukkan reaksi sedih ketika berjumpa dengannya.
“Pada keluarga, sahabat-sahabat dan sesiapa di luar sana yang mengenali saya. Kalau terjumpa saya tolong jangan buat muka sedih.
“Kalau saya nampak muka sedih kalian saya akan menangis. Sedekahkan saya senyuman paling manis, saya akan senyum pada anda,” luah Fauziah.
Terdahulu, ND Lala didakwa kononnya sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang difahamkan adalah rakan kepada anaknya iaitu penyanyi Shila Amzah semasa dibangku sekolah.
Kehadiran Fauziah ke mahkamah dipercayai bagi memfailkan perceraian sekitar awal April lalu turut menguatkan lagi spekulasi mengenai rumah tangga mereka.
Bagaimanapun, anak bongsunya, Syada Amzah mengesahkan kehadiran ibunya ke mahkamah namun bukan bertujuan untuk memfailkan permohonan cerai seperti yang didakwa. - Gempak
Gempak
Fri Apr 28 2023
Kemelut rumah tangga penyanyi Datuk ND Lala dan isterinya iaitu Datin Fauziah Sarman sehingga kini masih menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial. - Gambar GEMPAK
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Status rumah tangga ND Lala, isteri masih jadi tanda tanya
Datin Fauziah Sarman mohon keluarga dan kenalan tidak tunjuk muka sedih atau simpati kalau bertemu dengannya.