PELAKON veteran Hollywood kelahiran Itali, Sophia Loren dikejarkan ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan kecemasan selepas terjatuh dalam bilik air di kediamannya di Geneva, Switzerland, pada Ahad lalu.
Seniwati yang genap usianya 89 tahun pada 20 September lalu dilaporkan mengalami beberapa ‘patah tulang yang serius’ pada pinggul dan pahanya, kata jurucakapnya, Andrea Giusti kepada agensi berita PA.
Giusti juga memaklumkan, kedua-dua anak lelaki Loren, Carlo dan Edoardo Ponti kini mendampingi ibu mereka.
Kata beliau kepada Reuters, pembedahan ke atas pelakon yang pernah meraih trofi Oscar itu "berjalan dengan baik dan Loren dinasihatkan berehat.”
Loren melalui fasa yang panjang dalam karier lakonannya selepas melalui kehidupan yang serba
kekurangan semasa zaman kanak-kanaknya di Naples, Itali.
Dia bergelar bintang Hollywood dan memenangi Oscar pada tahun 1962 hasil kecemerlangannya dalam filem Vittorio de Sica, La Ciociara (Two Women) iaitu kisah mengenai seorang ibu dalam zaman perang yang mengalami penderaan seksual.
Kemenangan itu sekali gus memecah rekod kerana buat pertama kali dalam sejarah Oscar seorang pelakon lelaki atau perempuan memenangi Anugerah Akademi untuk lakonan bukan dalam bahasa Inggeris.
Loren juga berpengalaman berlakon di samping legenda-legenda seni Hollywood termasuk Marlon Brando, Frank Sinatra dan Cary Grant.
Pada tahun 1990, Loren meraih Anugerah Kehormat di Oscar sementara pada tahun 2021, namanya kembali mekar apabila membintangi filem The Life Ahead arahan anaknya, Edoardo Loren yang mendapat pujian. - Agensi
Agensi
Mon Sep 25 2023

Sophia Loren dikejarkan ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan kecemasan selepas terjatuh dalam bilik air di kediamannya di Geneva, Switzerland.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Sophia Loren jatuh bilik air, alami 'patah tulang yang serius'
Pembedahan ke atas pelakon berusia 89 tahun berjalan dengan baik dan beliau dinasihatkan berehat.

Penganugerahan Oprah Winfrey singkap lebaran baharu untuk wanita
Oprah Winfrey menyifatkan Anugerah pencapaian sepanjang hayat di Golden Globe Awards 2018 yang diterimanya pada Isnin merupakan permulaan untuk sesuatu yang baharu.