PELAKON Fasha Sanda yang kini sedang bercuti di sebuah pusat peranginan di luar negara, mengungkapkan kata-kata rindu buat tunang tersayang, pelakon Aidil Aziz.

Selepas mengikat tali pertunangan 18 November lalu, kedua-duanya tidak lagi berahsia untuk memaparkan romantis mereka di laman sosial masing-masing.

"Kita tak dapat bercuti bersama. Insya-Allah very soon kita dapat cuti bersama.

"Selamat bertugas di Malaysia Encik Tunang. You tetap dalam hati I walaupun you jauh dari I," tulis Fasha beserta sekeping gambar bersama Aidil.

Aidil juga memuat naik gambar yang sama ke akaun Instagramnya.

"Gambar semalam, early dinner with Cik Tunang," tulis Aidil.




Kegembiraan benar-benar terpancar pada wajah pelakon filem Berlari Ke Langit dan Anak Halal itu terutamanya selepas mengikat tali pertunangan dengan Aidil.

Sebelum ini, Fasha mengakui, pengalaman bertunang pertama kali adalah sesuatu yang indah pernah dilaluinya.

Menurut Fasha dia dan tunangnya, Aidil, 31, melalui fasa pertunangan dengan baik setakat ini.

Keseronokan berada di dalam fasa tersebut membuatkan dia seperti ingin mahu bertunang selama tiga tahun.

Fasha pernah berkahwin dengan usahawan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun ia berakhir dengan perceraian pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 4 dan Putri Raysha Jemyma, 3 tahun.