KUALA LUMPUR: Bukan sahaja di corong radio, malah lagu raya dendangan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Tidak kira di pusat membeli belah, kedai-kedai, sehingga ke bazar raya, lagunya pasti akan diputarkan untuk menaikkan lagi 'vibe' musim Aidilfitri.
Punya lebih 10 lagu raya, pelantun lagu Air Mata Syawal ini menyatakan tidak mustahil untuk beliau menganjurkan konsert khas dan menyanyikan lagu-lagu raya sahaja apabila dicadangkan oleh rakan media.
“Bagus juga cadangan itu. Kalau nanti kami dah buntu, kita buat konsert lagu raya.
"Saya bukan apa, tahu saya pernah cakap dekat Kak Zi (pengurus), Siti nak buat satu konsert nak cover lagu orang sahaja.
“Jadi dah ada tiga cadangan konsert lagu cover, lagu raya, dan lagu kempen,” guraunya selepas sidang media Konsert Satu Suara Vol.3 pada Selasa.
Konsert yang akan berlangsung di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza di Kuala Lumpur pada 13 Mei 2023 itu menggabungkan Siti Nurhaliza bersama dengan penyanyi Jay Jay dan juga pelantun lagu Boneka, Ernie Zakri.
Pelantun lagu Biarlah Rahsia itu juga memaklumkan hasil jualan tiket akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan, seperti yang dilakukannya ketika konsert Music of the Soul baru-baru ini.
Sebelum ini, menerusi siri konsert yang sama, Siti Nurhaliza pernah bersama Aizat Amdan dan Faizal Tahir untuk Konsert Satu Suara, dan seterusnya bersama Hetty Koes Endang serta Datuk Ramli Sarip untuk Konsert Satu Suara Vol 2.
Peminat boleh mendapatkan tiket di Myticket.Asia yang sudah mula dijual pada jam 6 petang Selasa dengan harga bermula RM288 sehingga RM588.
Asyraf Roslan
Wed Mar 22 2023
Siti Nurhaliza berkata tidak mustahil beliau akan menganjurkan konsert khas menyanyikan lagu-lagu raya sahaja apabila dicadangkan oleh rakan media. -Foto SNP
Kerajaan MADANI terus sokong usaha pastikan keselamatan kanak-kanak - Fahmi
Kerajaan MADANI akan terus menyokong sepenuhnya usaha bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terpelihara.
Suspek bakar wanita hidup-hidup berdepan tuduhan membunuh
Zapeta- Calil telah didakwa atas tuduhan membunuh darjah pertama dan kedua serta pembakaran darjah pertama, menurut Jabatan Polis New York City.
Pelepasan abu di gunung berapi Kanlaon meningkat
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer (km) dikesan di Gunung Berapi Kanlaon dengan letusan abu bermula pada 11:45 pagi diikuti gempa gunung berapi berfrekuensi rendah.
[Data & Statistik] Dividen ASB
Tertinggi dalam lima tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Polis Singapura bimbang peningkatan kes pemandu mabuk
Polis Singapura bimbang berikutan peningkatan kes memandu dalam keadaan mabuk, dengan 180 kes direkodkan pada tahun 2023 iaitu angka tahunan tertinggi sejak 2014.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Selasa sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau.
Agenda AWANI: Keselamatan Jalan Raya | Jaga Nyawa
Apa sebab utama yang menyebabkan kemalangan jalan raya khususnya semasa musim perayaan, dan bagaimana penguatkuasaan undang-undang boleh diperketatkan bagi menangani isu ini? Diskusi 8.30 malam
Dua lelaki ditangkap bantu siasatan pergaduhan bola sepak
Polis tahan dua lelaki disyaki terbabit pergaduhan antara kumpulan penyokong skuad Harimau Malaya dan Singapura di LRT Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, hari ini.
Nahas Ayer Keroh: Perkembangan dua mangsa di Hospital Melaka
Dua kanak-kanak yang merupakan anak sulung dan kedua kepada pasangan suami isteri yang maut dalam nahas ngeri di kilometer 204 lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, malam tadi masih menerima rawatan di Hospital Melaka.
Difahamkan anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), akibat beberapa kecederaan parah manakala adik perempuannya berusia empat tahun berada di wad biasa hospital sama.
Bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Kadir.
Difahamkan anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), akibat beberapa kecederaan parah manakala adik perempuannya berusia empat tahun berada di wad biasa hospital sama.
Bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Kadir.
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Siti Nurhaliza nak anjur konsert lagu raya?
Pelantun lagu Air Mata Syawal ini menyatakan tidak mustahil untuk beliau menganjurkan konsert khas untuk menyanyikan lagu-lagu raya sahaja apabila dicadangkan oleh rakan media.