PENYANYI, Datuk Seri Siti Nurhaliza, melahirkan hasratnya untuk melawat sekolah yang dibangunkan menerusi Yayasan Nurjiwa yang terletak di Gaza, Palestin bersama keluarga termasuk dua anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
Kata Siti, dia mahu anak-anaknya melihat sendiri sekolah yang dibangunkan dengan nama Afwa Al-Afiyah, sekali gus menyaksikan bagaimana kanak-kanak di Gaza menimba ilmu dalam kepayahan.
Namun kata penghibur berusia 44 tahun tersebut, hasratnya datang ke Gaza belum kesampaian meski sekolah sudah didirikan sejak 5 Oktober 2021 itu lantaran masalah pergolakan dan peperangan.
“Saya teringin sangat ke Gaza dan melihat kanak-kanak yang bersekolah di Afwa Al-fiyah kerana sejak dibangunkan pada tahun 2021, kami tidak pernah berpeluang ke sana.
“Ini kerana masalah keselamatan seperti pergolakan dan peperangan di sana menyukarkan hasrat terlaksana. Buat masa ini, segala urusan dijalankan oleh wakil Yayasan Nurjiwa di Gaza.
“Tapi jika ada kesempatan pada masa akan datang, saya mahu membawa Aafiyah dan Afwa sekali melawat sekolah dan melihat bagaimana kanak-kanak di Gaza tetap mahu menimba ilmu dalam serba kepayahan,” ujar Siti saat ditemui pada majlis pengumuman Konsert Satu Suara Siti Nurhaliza Vol.3 bersama Jay Jay dan Ernie Zakri.
Meski hasrat tersebut belum terlaksana, isteri Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa itu tetap bersyukur kerana sejak dibangunkan, sekolah tersebut terus menerima suntikan dana demi menaik taraf infrastruktur bagi memberi kemudahan dan keselesaan sekitar 50 pelajar.
“Walaupun tidak pernah sampai ke sana, pihak saya sentiasa memastikan semua dana yang sepatutnya disalurkan untuk sekolah tersebut sampai dengan baik. Ini penting kerana saya mahu sekolah tersebut dilengkapi dengan infrastruktur yang baik supaya mereka boleh belajar dengan baik dan selesa,” katanya lagi. - Gempak
Sinar Harian
Sun Mar 26 2023
Kata Siti hasratnya datang ke Gaza belum kesampaian meski sekolah sudah didirikan sejak 5 Oktober 2021 itu lantaran masalah pergolakan dan peperangan. - Gempak
Dua beradik jual ikan 'sekoq dua kupang', bantu golongan memerlukan
Dua beradik, Mohamad Syamil Zulkifli dan Mohamad Shauki Zulkifli mengambil inisiatif menjual ikan seekor 20 sen bagi membantu golongan memerlukan.
Jeneral Joseph Aoun dipilih sebagai Presiden Lubnan yang baharu
Pelantikan Jeneral Joseph Aoun bagi mengisi kekosongan jawatan presiden, dengan seorang jeneral yang mendapat sokongan Amerika Syarikat.
Donald Trump beri penghormatan terakhir untuk Jimmy Carter
Lawatan ini menandakan kali pertama beliau kembali ke Capitol sejak rusuhan ganas yang berlaku pada 6 Januari 2021.
74 kanak-kanak di Gaza terbunuh minggu pertama 2025 - UNICEF
Serangan "waktu malam" oleh Israel di kawasan seperti Bandaraya Gaza, yang dianggap sebagai “zon selamat telah meragut nyawa kanak-kanak.
Kerajaan MADANI sentiasa mudah cara selesai masalah pelabur - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa memudah cara dan mencari kaedah terbaik serta pantas dalam menyelesaikan mana-mana masalah yang dihadapi pelabur.
Lelaki warga Amerika Syarikat yang dikehendaki ditahan di Indonesia
lelaki berkenaan yang dikenali sebagai "TJC" dan berusia 43 tahun dilapor tiba di Jakarta dari Malaysia pada 4 Disember tahun lalu.
Kiosk Sentuhan MADANI permudah akses orang ramai kepada perkhidmatan kerajaan
Inisiatif itu menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di kawasan tumpuan ramai dengan jangka masa operasi yang lebih panjang, sekaligus memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan awam.
Malaysia anjur dialog hak asasi manusia, alam sekitar
Malaysia menganjurkan Dialog Hak Asasi Manusia dan Hak Alam Sekitar yang julung kali diadakan di Putrajaya pada Khamis.
90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - Jais
Pemakluman awam kepada waris untuk membuat pengecaman plot kubur ahli keluarga sebelum 5 Januari dan pemakluman kerja-kerja pengalihan kubur pada 6 Januari hingga 9 Januari telah dibuat oleh JAIS.
Konsert Pinkfish: Polis rakam keterangan individu dirawat di PPUM
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata individu berkenaan telah dibenarkan keluar dari PPUM semalam selepas lebih seminggu dirawat di PPUM.
Siti Nurhaliza tidak endah kecaman, berazam buat yang terbaik
Meskipun bersyukur dengan penghormatan yang diberikan, penyanyi nombor satu negara itu mengakui kekok dengan gelaran tersebut dan lebih selesa dipanggil dengan namanya sendiri, Siti Nurhaliza.
'Selalu cabar diri, cipta nama di luar negara' - Nasihat Siti Nurhaliza buat pelapis baharu
Siti menasihati penyanyi untuk berani mencuba pelbagai jenis genre dan teknik nyanyian bagi menunjukkan kebolehan mereka dan membuka lebih banyak peluang.
Lebar sayap ke Indonesia, Aina Abdul tidak mengalah
Penyanyi, Aina Abdul mengakui kesempatan untuk menempa nama di negara orang adalah merupakan satu impian untuk setiap anak seni.
Pengurus kongsi reaksi pertama Siti Nurhaliza ketika terima berita anugerah Biduanita Negara
Menerusi video berdurasi 2 min 21 saat itu, Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin kelihatan terkejut ketika membaca ucapan yang diterimanya daripada MOTAC Okt lalu.
'Penghormatan besar' - Faizal Tahir teruja jadi artis jemputan konsert Siti Nurhaliza & Judika
Beliau menyatakan rasa terujanya untuk berkongsi pentas dengan dua bintang besar ini dan berharap agar penonton dapat merasai keunikan dan semangat muzik yang dibawanya.
Fahmi ucap tahniah kepada Siti Nurhaliza atas penganugerahan Biduanita Negara
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin yang diiktiraf Biduanita Negara.
Diiktiraf Biduanita Negara 2024, Siti Nurhaliza iltizam angkat seni negara
Siti Nurhaliza anggap Anugerah Biduanita Negara antara pengiktirafan terbesar dalam kerjaya seninya hampir 30 tahun.
Siti Nurhaliza dianugerahkan gelaran Biduanita Negara
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara.
Siti Nurhaliza beri bayangan bakal buat ‘kejutan’ sempena 30 tahun dalam industri
Selepas tonton filem dokumentari Rossa, Siti Nurhaliza dapat inspirasi untuk berkongsi kisah perjalanan seninya.
Tersenarai di The Muslim 500, Siti Nurhaliza luah rasa syukur
Sudah sembilan tahun anak seni kelahiran Kuala Lipis ini berjaya berada sebaris dengan individu yang bukan calang-calang.