BENGANG dengan tindakan peminat Jepun yang tidak berhenti-henti berswafoto di depan pentas, penyanyi antarabangsa Bruno Mars mencampakkan tualanya tanda amaran.
Pada mulanya peminat yang merupakan seorang pelakon dan model Jepun, Moeka Nozaki leka merakamkan swafoto biarpun Bruno telah memberikan isyarat agar berhenti.
Permintaan itu bagaimanapun tidak diendahkan hingga menyebabkan Bruno rasa terganggu dan menganggap Nozaki tidak menghormatinya serta penonton lain.
Selepas tidak mengendahkan amaran Bruno, penyanyi itu memberikan isyarat tangan agar berhenti melakukan perbuatan itu namun gagal.
Akhirnya, Bruno membaling sehelai tuala kepada pelakon itu dalam keadaan marah.
Tindakan Bruno dianggap Nozaki sebagai tanda hadiah penyanyi yang popular dengan lagu 24K Magic itu dan berkongsi kegembiraannya di Instagram.
Selain mengundang rasa jengkel dalam kalangan penonton, peminat Bruno di Jepun menggesa Nozaki membuat permohonan maaf berhubung kelakuaannya.
Bruno dalam siri jelajah Konsert 24K Magic World Tour dan bakal singgah di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 9 Mei ini.
Gempak
Fri Apr 27 2018

Bruno Mars mencampakkan tuala tanda amaran kepada Moeka Nozaki.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Sibuk sangat nak swafoto, artis Jepun dibaling tuala oleh Bruno Mars
Bengang dengan tindakan peminat Jepun yang tidak berhenti-henti berswafoto di depan pentas, penyanyi antarabangsa Bruno Mars mencampakkan tualanya tanda amaran.