BARU sahaja minggu lalu kumpulan pop terkemuka Spice Girls mengirimkan khabar gembira buat peminat apabila mengumumkan reunion mereka.
Namun, semalam, salah seorang anggota kumpulan itu Victoria Beckham menafikan khabar yang mereka akan mengadakan konsert jelajah berkenaan.
Dalam temu ramah bersama majalah Vogue, Victoria berkata projek reunion itu mungkin akan membabitkan satu single dan satu persembahan sahaja, dan mereka tidak akan menjelajah dunia untuk mengadakan konsert serta bertemu peminat.
"Siapa kata kami akan mengadakan konsert jelajah? Itu tiada langsung dalam perancangan.
"Seronok dapat berjumpa mereka (anggota Spice Girls) kembali. Kami bercakap tentang banyak idea tentang masa depan Spice Girls, tapi buat masa ini semua itu hanya idea.
"Antara idea yang kami fikirkan menarik adalah menubuhkan satu syarikat rakaman dan kumpulan wanita yang boleh meneruskan legasi Spice Girls.
"Dunia saya kini adalah (rekaan) fesyen. Itu tugas saya," kata Victoria.
Kenyataan Victoria itu bercanggah dengan laporan banyak media antarabangsa yang kononnya kumpulan itu bakal mengadakan konsert jelajah ke seluruh dunia tidak lama lagi.
Minggu lalu, Victoria memuat naik sekeping gambar dia bersama empat lagi anggota Spice Girls - Emma Bunton, Geri Horner, Mel C dan Mel B di akaun Instagramnya.
Media United Kingdom kemudian melaporkan pengasas Pop Idol, Simon Fuller, mengesahkan kesemua anggota asal kumpulan muzik wanita paling berjaya itu akan kembali bersatu untuk satu projek reunion.
Agensi
Sun Feb 11 2018

Victoria tegaskan 'reunion' Spice Girls' lebih kepada perbincangan untuk mengekalkan legasi kumpulan itu. - Instagram Victoria Beckham
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

25 tahun Spice Girls: Ini fakta yang mungkin anda tidak tahu
Sempena ulang tahun ke-25 Spice Girls, jom baca beberapa fakta tentang kumpulan ini.

Spice Girls bakal beraksi di Australia Februari tahun depan
Kumpulan The Spice Girls dijangka meneruskan konsert jelajah mereka ke Australia pada Februari 2020.

Siapa kata Spice Girls akan adakan konsert jelajah dunia? - Victoria Beckham
Victoria berkata projek reunion itu mungkin akan membabitkan satu single dan satu persembahan sahaja.

Sambut ulang tahun ke 20, Spice Girls kini trio dengan nama GEM
Spice Girls dikenali sebagai kumpulan wanita dengan jualan album paling tinggi, iaitu melebihi 80 juta.

Emma Bunton nafi khabar Spice Girls akan bersatu kembali pada tahun 2016
Bekas ahli kumpulan Spice Girl, Emma Bunton menafikan khabar bahawa kumpulan itu akan bersatu kembali untuk melangsungkan satu konsert jelajah antarabangsa pada tahun 2016.