Lagu "Hari Bersamanya" membuka tirai pentas persembahan kumpulan dari negara sebarang ini sebagai simbolik bertemu dengan peminat mereka di negara ini.
Antara persembahan lain yang turut memukau penonton di dewan malam ini adalah persembahan lagu hit mereka iaitu "Berhenti Berharap" dan "Melompat Lebih Tinggi".
Bukan itu sahaja, peminat mereka turut ikut serta menyanyi bersama kumpulan ini terutamanya apabila Sheila On 7 mendendangkan lagu rancak seperti "Seberapa Pantas" dan "Pria Kesepian".
Sheila On 7 yang dianggotai Duta, Erros, Adam dan Brian mempersembahkan 15 buah lagu termasuk single terbaharu "Film Favorit".

Dalam pada itu, Duta bagi pihak Sheila On 7 berterima kasih kepada para peminat mereka yang hadir bukan sahaja dari negara ini malah dari Indonesia, Singapura dan Brunei.
Mereka berharap para peminat di negara ini terus menyokong karier muzik mereka.