PELAKON Shakilla Khoriri melahirkan rasa syukur apabila mahkamah pada Isnin memutuskan hak hadanah interim untuk anaknya, Ameena Sofia berpihak kepadanya.


Syukur Dapat Hak Hadanah Interim

Shakilla menerusi Instagram miliknya pada petang Isnin memberitahu dia yakin dengan doa dan perancangan Allah untuk dirinya serta keluarga.


“Sekali saya cakap, saya akan buat apa saja untuk dia… saya sangat maksudkan apa yang saya cakap.

"Alhamdulillah, pagi ni pihak mahkamah dah putuskan untuk hak Interim Hadhanah berpihak pada umi Ameena.

“Aku percaya doa dan aturan Allah sentiasa tak salah alamat. Allah lebih tahu.

"Apa pun alasan dan tujuan kita sebagai manusia, hanya Allah je yang mengizinkanNYA,” kongsinya.

Pada perkongsian yang sama, Shakilla turut mengucapkan terima kasih kepada peguam yang mewakilinya dan suaminya, Fariz Zulkepley.

“Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih untuk semua peguam saya yang sudi berjuang dan menjadi sebahagian daripada perjalanan kami.

“Tidak lupa juga, kepada suami saya. Terima kasih untuk semuanya,” ujarnya.

Pada 15 Disember lalu, Fizi memfailkan tuntutan hadanah terhadap bekas isterinya Shakilla Khoriri berhubung hak penjagaan anak perempuan mereka, Ameena Sofia.

Katanya, tindakan memfailkan hadanah bukan untuk berebut anak sebaliknya hanya mahu anak perempuannya itu mendapat kasih sayang sempurna. -Gempak