SENIMAN berpendapat Switch Off bertujuan memberikan kesedaran mengenai beberapa perkara yang melibatkan industri hiburan tempatan :-
- memperbaiki taraf hidup dan kebajikan golongan warga kerja industri televisyen Malaysia terutamanya pelakon (yang tidak berubah secara signifikan selepas lebih 20 tahun)
- membantu kerajaan memahami masalah industri serta memastikan ekosistem industri kreatif yang lebih baik malah memberi input mengenai masalah warga pekerja dari akar umbi dan menjamin kerjaya seperti pelakon dari ditindas oleh pihak tertentu dengan mewujudkan akta pekerja industri seni bagi mempertahankan mereka.
Justeru, bagi menjayakan Switch Off 2014, kami menyeru seluruh ahli-ahli SENIMAN dan keprihatinan seluruh rakyat Malaysia untuk terus menyokong kempen ini bagi kebaikan kebajikan bersama dan kami turut mengambil langkah proaktif dengan menyarankan supaya mematikan (Switch Off) televisyen (TV) pada 11.11.14 selama 3 jam mulai jam 8.00 malam sehingga 11 malam bagi penjimatan bil elektrik anda.
Oleh yang demikian, kami akan terus berkongsi fakta-fakta menarik berkaitan dengan industri TV Malaysia supaya dapat difahami oleh orang ramai dengan lebih jelas.
Selain itu, kami juga akan memaparkan video-video sokongan orang ramai terhadap kempen ini dan memuat naik video-video pendek yang memberi deliberasi lanjut tentang objektif kempen di Facebook Official SWITCH OFF 2014
-------------------------------------------------------------------------------------------
* Tulisan ini adalah pandangan Persatuan SENIMAN Malaysia (SENIMAN) dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro AWANI.